Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • palestin
    Seorang lelaki warga Palestin melontar kasut lamanya ke poster Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: AFP / HAZEM BADER)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: "Pernah rasa saiz 10?" Jika ayat itu sering dianggap sebagai jenaka atau sindiran halus di kalangan masyarakat kita, ia seperti gambaran literal buat Gambar Pilihan kami hari ini.

Gambar yang dipetik di wilayah Palestin ini menunjukkan seorang warga Palestin yang menunjuk perasaan dengan melontarkan kasut lamanya ke sebuah poster Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Ini kerana mereka sedang membantah sokongan Encik Trump kepada Israel dan tuntutan presiden itu untuk tentera Israel membuka semula Shuhada Street, yang kebanyakan kawasan itu tidak dibenarkan akses kepada warga Palestin.

- BERITAMediacorp/AFP/ru

Top