Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • Lembu
    (Gambar: Carmen Jaspersen / dpa / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Lembu mana paling cantik? Lelaki ini sedang memeriksa setiap bahagian lembu untuk menentukan yang mana satu layak dinobatkan sebagai "Ratu Lembu”. Ini termasuklah menyelak ekor lembu untuk meneliti ‘ehem ehem’ lembu.

Lembu-lembu ini menyertai "Schau der Besten" (Tunjukkan yang Terbaik) yang ke-44, yang menyediakan pelbagai acara temasuk lelong, pertandingan lembu terbaik dalam beberapa kategori, pameran anak lembu dan menawarkan maklumat-maklumat untuk para penternak lembu.

Acara menarik ini berlangsung selama dua hari di Verden an der Aller, bahagian barat laut Jerman. Yang mana satu agaknya idaman kalbu-Moo?

- BERITAMediacorp/nk

Top