Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • crocodile
    Spesis buaya yang terancam. (Gambar: AFP / Marvin RECINOS)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: "Kalau sekali dia ngap!" Ayat lucu yang dipetik daripada filem Pendekar Bujang Lapok itu mungkin tidak membuat anda tertawa jika anda berdepan dengan mulut sang buaya ini, yang menjadi Gambar Pilihan Hari Ini dari kami.

Gambar ini dipetik di Pusat Menyelamat Hidupan Liar El Tronador di Berlin, 107 kilometer barat daya dari San Salvador. Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyeludupan hidupan liar yang terancam.

Hidupan liar yang terancam itu menjadi mangsa penyeludupan, diselamatkan dan dipulihkan di pusat perlindungan yang disokong syarikat tenaga geoterma San Salvador. Ia juga bertujuan untuk melepaskan hidupan liar kembali ke tampat asal dan menyumbang kepada usaha penjagaan haiwan liar di tempat asal haiwan itu.

- BERITAMediacorp/AFP/ru

Top