Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • eagle
    (Gambar: GEORGES GOBET / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Sekali imbas, nyawa sang helang kelihatan terancam. Namun, jika diperhatikan dengan betul, helang itu sedang menyambar dron yang terbang di ruang udara. Apa motifnya?

Helang tersebut sebenarnya sedang dilatih ‘menangkap’ dron sewaktu satu latihan tentera di dasar udara Mont-de-Marsan di Perancis. Sedang dron yang tidak dikawal dengan betul semakin berleluasa dan mengancam keselamatan, tentera Perancis itu meneroka semua pilihan bagi mengukuhkan pertahanan.

Malah, mereka sehinggakan melatih helang-helang tersebut selama enam bulan di udara untuk mengejar dron. Strategi yang bijak atau tidak?

- BERITAMediacorp/im

Top