Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • allahabad
    (Gambar: SANJAY KANOJIA / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Sukar untuk tidak tertarik pada gambar ini yang jelas menunjukkan perkataan ‘Allahabad’, yang menyinari kegelapan di daerah tersebut. Bukan itu sahaja, orang ramai turut mengelilingi sinaran bulatan itu.

Yang nyata, cahaya daripada lilin-lilin yang disusun menjadi satu mural gergasi di sebuah stadium ini, bertujuan memupuk kesedaran tentang undi pilihan raya. Ia dianjurkan oleh pentadbiran Daerah Allahabad sewaktu berlangsungnya pilihan raya perhimpunan Uttar Pradesh di Allahabad semalam (18 Feb).

Pastinya, cahaya dari lilin-lilin itu juga diharapkan dapat menyalakan semangat orang ramai untuk mengundi dengan bijak bagi masa depan penduduk di Allahabad.

- BERITAMediacorp/im

Top
>