Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • Belon dan rambut
    (Gambar: Marco BERTORELLO / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Jika biasanya belon diikat dengan tali, berlainan pula dengan cara wanita ini. Belon-belon berbentuk hati ini diikat pada rambutnya sehingga ia tercacak sedemikian rupa.

Gambar Pilihan kami hari ini menunjukkan salah seorang peserta wanita yang menghadiri Pesta Venice, yang terkenal dengan para peserta yang akan memakai topeng-topeng unik. Pesta Venice dianjurkan setiap tahun di Venice, Itali.

Yang pasti, ini menunjukkan bahawa rambut anda boleh 'berdiri' tanpa menggunakan minyak rambut ataupun gel rambut.

 

- BERITAMediacorp/nk

Top
>