Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • india
    Seorang penyokong pasukan kriket India. (Gambar: AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Cinta itu buta. Tidak kiralah cinta terhadap apa atau siapa. Dalam Gambar Pilihan Hari Ini, ia memaparkan cinta seseorang lelaki terhadap pasukan kriket negaranya!

Gambar ini menunjukkan seseorang lelaki yang sanggup menghiasai dirinya dengan warna-warna kebangsaan negaranya, India. Bukan sekadar warna yang dicatkan di seluruh badan, malah beliau juga sanggup memperagakan rambut yang 'unik' sekali.

Sukan kriket memang adalah sukan diikuti ramai penduduk negara itu. India juga dikenali sebagai antara pasukan gergasi di dalam arena sukan kriket. Maka tidak hairanlah, lelaki berkenaan sanggup berbuat sedemikian demi "cinta". Mentelah lagi, perlawanan hari itu menentang pesaing hebat India, Bangladesh.

- BERITAMediacorp/AFP/ru

Top