Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Turun padang di Kampung Gelam menjelang Bulan Bahasa

Tinggal seminggu lagi sebelum majlis pelancaran Bulan Bahasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Aug 2015 08:42PM Dikemas Kini : 28 Aug 2015 08:49PM

SINGAPURA: Tinggal seminggu lagi sebelum majlis pelancaran Bulan Bahasa.

Dalam usaha untuk menggalak orang ramai untuk sama-sama menyemarakkan Bulan Bahasa, Lembaga Warisan Negara (NHB) dan sekumpulan relawan berserta para duta bahasa turun padang untuk mendekati masyarakat di Kampung Gelam pagi tadi.

Seperti kata Duta Bahasa, Asnida Daud: "Bahasa jiwa bangsa. Kalau tidak kita, siapa lagi yang akan menggunakan bahasa ini - seperti apa yang sedang berlaku sekarang dengan adanya bahasa-bahasa lain yang dimasukkan ketika kita bertutur.

"Sebenarnya, tidak menjadi masalah jika kita ada satu pemikiran atau prinsip bahawa bahasa itu adalah jiwa kita."

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Zaqy Mohamad, berkata pihaknya akan terus mengadakan aktiviti-aktiviti di Tampines, Nee Soon, Chua Chu Kang, dan juga di Jurong, di mana beliau berharap masyarakat Melayu dan penduduk-penduduk di estet-estet perumahan semua dapat bersama untuk merayakan Bulan Bahasa.

Antara yang diedarkan termasuk maklumat mengenai sambutan Bulan Bahasa yang diadakan di merata Singapura serta risalah-risalah yang menggalak penggunaan bahasa ibunda.

Bulan Bahasa tahun ini yang bertemakan 'Ilmu, Budaya, Mesra' akan dilancarkan Sabtu depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan