Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suntikan dana kepada $25 juta untuk galak bahasa ibunda dialu-alukan

Dana tambahan itu dianggap satu inisiatif baik yang boleh digunakan untuk mempertingkat dan memperluas program serta kegiatan bahasa bagi manfaat lebih ramai pelajar.

Anggaran Waktu Membaca:
Suntikan dana kepada $25 juta untuk galak bahasa ibunda dialu-alukan

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2015 di Gardens by the Bay. (Gambar: Facebook/Majlis Bahasa Melayu Singapura)

SINGAPURA: Suntikan dana tambahan 50% untuk menggalak pembelajaran Bahasa Ibunda, dialu-alukan sebagai satu rangsangan besar untuk memartabatkan bahasa ibunda.

Dana tambahan itu dianggap satu inisiatif baik yang boleh digunakan untuk mempertingkat dan memperluas program serta kegiatan bahasa bagi manfaat lebih ramai pelajar.

Di majis pelancaran Bulan Bahasa semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan suntikan dana tambahan 50% daripada $16.6 juta kepada $25 juta untuk Jawatankuasa Mengggalak Pembelajaran Bahasa Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2015, Encik Zaqy Mohamad berpendapat suntikan dana tersebut tepat pada masanya.

Ini memandangkan hari ini, di tengah-tengah arus pemodenan, lebih ramai semakin selesa bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris.

"Jika kita lihat pertumbuhan ekonomi dalam rantau ini memang ada, memang benarlah kita boleh melihat potensi penggunaan Bahasa Melayu untuk menjana ekonomi kita dalam rantau ini juga. Selain daripada ekonomi, memang ini satu budaya kita dan kita harus melestarikan. Jadi, saya rasa dengan program-program dan dana seperti ini, penambahan seperti ini, kita dapat melihat lebih banyak aktiviti seperti Bulan Bahasa," kata Encik Zaqy.

Seorang guru Bahasa Melayu yang juga Duta Bahasa 2015, Cik Aisyah Mohamed Salim mahu memanfaatkan kesempatan ini untuk melakarkan lebih banyak kegiatan Bahasa yang inovatif.

"Saya lebih berminat untuk mengendalikan acara-acara yang berbentuk penulisan kreatif, mungkin bengkel, mungkin satu bentuk atau mungkin lagi, kalau lebih besar seminar, mungkin tentang penulisan kreatif yang mana boleh menggalakkan pelajar-pelajar, kita boleh menggalakkan penulis-penulis muda untuk tampil ke hadapan," kata Cik Aisyah.

Selain penulis muda, Siti Aisyah, tiga lagi duta bahasa tahun ini ialah penyiar radio RIA, Fiza O, wartawan muda Berita Harian, Hairianto Diman dan penyanyi rok veteran, Ramli Sarip.

Duta-duta Bulan Bahasa. (Gambar: Facebook/Majlis Bahasa Melayu Singapura)

(Gambar: Facebook/Majlis Bahasa Melayu Singapura)

Dengan tema, 'Ilmu, Bahasa, Budaya', Bulan Bahasa tahun ini menampilkan 105 program yang dianjurkan oleh 50 rakan kerjasama.

Antara inisiatif baru yang diumumkan termasuk bas-bas awam yang memaparkan mesej Bulan Bahasa.

(Gambar: Facebook/Majlis Bahasa Melayu Singapura)

(Gambar: Facebook/Majlis Bahasa Melayu Singapura)

Turut dilancarkan semalam ialah buku bertajuk "Yang Terukir - Bahasa dan Persuratan Melayu Sempena 50 tahun" oleh Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat.

Antara lain buku tersebut memaparkan sejarah bahasa, sastera dan warisan Melayu Singapura.

Acara-acara semarak Bulan Bahasa 2015 akan berakhir pada 17 Oktober. 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan