Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pementasan khas kisahkan sejarah S'pura sepanjang 5 dekad

Sebuah pementasan khas yang mengisahkan sejarah Singapura sepanjang lima dekad.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Sep 2015 08:18PM Dikemas Kini : 18 Sep 2015 12:18AM

SINGAPURA: Sebuah pementasan khas yang mengisahkan sejarah Singapura sepanjang lima dekad.

Itulah yang dihasilkan Variasi Performing Arts dengan kerjasama Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) sempena meraikan Bulan Bahasa kali ini yang lebih istimewa sempena sambutan SG50.

Dari era perpisahan Malaysia dan Singapura pada 1965, kepada kesan pembangunan pada tahun 70an dan 80an, hingga masa depan Singapura di zaman kontemporari penuh mencabar.

Bagaimana semua ini memberi kesan kepada kehidupan orang Melayu Singapura?

Semua ini akan dikupas dalam pementasan tersebut yang berjudul 'Projek Tiga - Garisan Masa. '

Mengulas lanjut, pengarah projek itu, Che Li Che Mud, berkata: "Warga emas akan dapat mengimbau kembali kenangan masa silam mereka. Para belia dan kanak-kanak akan dapat saksikan sendiri apa yang mungkin ibu bapa atau datuk nenek pernah ceritakan tentang masa lampau mereka.

"Daripada pementasan ini, kita juga selitkan puisi-puisi dan juga lagu yang saya gubah sendiri - walaupun berunsur 'rap', tapi ada nasihat-nasihat dan pantun-pantun lama di dalamnya."

Yayasan Mendaki dan Majlis Seni Kebangsaan turut menyokong acara sempena Bulan Bahasa tahun ini yang memaparkan tema Jubli Emas Singapura.

Pementasan tersebut akan berlangsung 8.00 malam esok dan lusa di Dewan Persembahan Blackbox, Taman Warisan Melayu.

Untuk mengetahui lebih banyak kegiatan sempena Bulan Bahasa, anda boleh lungsuri laman mbms.sg.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan