Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jawatankuasa Bulan Bahasa ke Geylang Serai, ajak orang ramai raikan acara

Dalam usaha untuk menyemarakkan lagi Bulan Bahasa, Lembaga Warisan Negara (NHB) dan sekumpulan relawan mendekati masyarakat di Pasar Geylang Serai pagi tadi (22 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Aug 2015 04:50PM Dikemas Kini : 22 Aug 2015 08:38PM

SINGAPURA: Sambutan Bulan Bahasa akan berlangsung dalam masa dua minggu dan orang ramai diajak untuk meraikannya bersama-sama.

Dalam usaha untuk menyemarakkan lagi acara tersebut, Lembaga Warisan Negara (NHB) dan sekumpulan relawan mendekati masyarakat di Pasar Geylang Serai pagi tadi (22 Ogos).

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Zaqy Mohamad, yang juga AP GRC Choa Chu Kang berkata: "Bagi saya, saya berharaplah bahawa masyarakat Melayu akan terus bersama kami untuk menyokong pelbagai program yang akan diadakan dan juga saya rasa apa yang berlainan pada tahun ini ialah kita akan juga melancarkan kempen Bulan Bahasa kita di estet-estet perumahan seperti di Choa Chu Kang, di Jurong, di Tampines dan juga di Nee Soon."

Buku-buku nota dan maklumat mengenai sambutan Bulan Bahasa juga diedarkan bagi menggalak masyarakat Melayu untuk turut serta dalam acara-acara yang bakal dianjurkan.

Satu lagi acara sebelum pelancaran yang serupa akan diadakan di Kampung Glam pada Jumaat akan datang.  

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan