Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

93 pelajar dari 47 sekolah dilantik sebagai Rakan Bahasa untuk Bulan Bahasa 2015

Seramai 93 pelajar dari 47 buah sekolah dilantik sebagai Rakan Bahasa, Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2015, yang juga AP GRC Choa Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
93 pelajar dari 47 sekolah dilantik sebagai Rakan Bahasa untuk Bulan Bahasa 2015

Para pelajar yang dilantik sebagai Rakan Bahasa untuk Bulan Bahasa 2015 bersama Encik Zaqy. (GAMBAR: Laman Facebook Encik Zaqy Mohamad)

Diterbitkan : 30 May 2015 05:04PM Dikemas Kini : 30 May 2015 05:34PM

SINGAPURA: Seramai 93 pelajar dari 47 buah sekolah dilantik sebagai Rakan Bahasa oleh Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2015, yang juga AP GRC Choa Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad.

Para pelajar yang dilantik, diharapkan akan terus menyebar rasa cinta terhadap bahasa Melayu, kepada rakan-rakan mereka, di sekolah masing-masing.

Encik Zaqy, menjelaskan sedikit mengenai pelantikan Rakan Bahasa tahun ini: "Sekarang kita mempunyai latihan-latihan daripada veteran bahasa kita seperti Riz Sunawan yang mempunyai banyak pengalaman sebagai pembaca berita. Juga seperti Aidli Mosbit, seorang ahli teater untuk memberi mereka latihan supaya mendapat lebih konfiden untuk menggunakan kreativiti dalam bahasa Melayu. Kita gunakan ikon-ikon bahasa untuk mendapat inspirasi dan latihan daripada mereka."

Beliau juga berkongsi harapan terhadap tugas-tugas yang bakal dijalankan oleh para duta bahasa itu.

"Saya berharap mereka menggiatkan diri dalam aktiviti-aktiviti bulan bahasa tahun ini. Apa yang lebih penting ialah memainkan peranan untuk memakmurkan bahasa kita, menggalakkan rakan-rakan sebaya mereka untuk bergiat bersama. Apa yang akan mereka lakukan ialah menjadi jurupandu acara Bulan Bahasa di Gardens By The Bay, bukan sahaja jurupandu tetapi mainkan peranan menolong dalam acara bulan bahasa," jelas Encik Zaqy.

Para Rakan Bahasa digalakkan untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bahasa Melayu, melalui beberapa acara yang telah dirancangkan untuk mereka, oleh pihak penganjur Bulan Bahasa.

Inisiatif-inisiatif itu bertujuan untuk membantu para pelajar, mempelajari kemahiran hidup dan mendapat peluang menonjolkan semangat mereka terhadap bahasa dan budaya Melayu.

Antara inisiatif tersebut termasuk, ceramah dan bengkel pengayaan bahasa, peranan pelajar sebagai pemandu pengunjung semasa pelancaran bulan bahasa ,di samping menganjurkan kegiatan serta menyampaikan laporan di sekolah dalam bahasa Melayu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan