Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bulan Bahasa: 'Rentak Kita!' tampilkan orkestra tradisional Melayu

Seperti irama dan lagu, bahasa dan budaya juga tidak dapat dipisahkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bulan Bahasa: 'Rentak Kita!' tampilkan orkestra tradisional Melayu

Orkestra Sri Temasek di Muzium Negara. (Gambar: Megat Muhammad Firdaus Mohd/Facebook)

Diterbitkan : 05 Sep 2016 12:45AM Dikemas Kini : 05 Sep 2016 01:23AM

SINGAPURA: Seperti irama dan lagu, bahasa dan budaya juga tidak dapat dipisahkan.

Maka itu dalam usahanya menggalak penggunaan bahasa Melayu, pihak penganjur Bulan Bahasa tahun ini turut menyelitkan beberapa program yang menonjolkan aspek kebudayaan Melayu.

Salah satunya ialah program 'Rentak Kita!' yang menampilkan sebuah orkestra tradisional Melayu.

Selama hampir sejam, para pengunjung disajikan dengan alunan muzik oleh Orkestra Sri Temasek, yang dipimpin Duta Bahasa tahun ini, Megat Muhammad Firdaus Mohamad.

Menerusi sesi perkongsian, para peserta juga diperkenalkan kepada beberapa alat muzik tradisional, selain ciri-ciri unik muzik tradisional Melayu.

Encik Megat, pengasas dan konduktor Orkestra Sri Temasek, berkata: "Apa yang dikongsikan di dalam bengkel saya adalah tentang rentak-rentak Melayu asas kerana ramai anak-anak muda Melayu kita sekarang tidak kenal dengan rentak asas Melayu. Jadi mereka diperkenalkan dengan rentak asas seperti asli, inang, joget, zapin."

Menurut Encik Megat, ramai mempunyai tanggapan bahawa muzik tradisional Melayu itu lazimnya berentak perlahan dan kurang menarik.

Namun itu tidak benar sama sekali dan beliau mahu mengubah persepsi tersebut menerusi program tersebut.

"Jadi saya tunjukkan dan tonjolkan beberapa perkara yang mungkin menarik perhatian mereka seperti tarian. Kita ada masukkan tarian joget dan mungkin persamaan 'hip hop' dengan zapin. Jadi perkara itu akan menarik minat mereka," ujarnya.

Acara-acara semarak Bulan Bahasa akan berlangsung sehingga 15 Oktober ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan