Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bulan Bahasa guna 'bahasa isyarat' di Nee Soon

Mengiktiraf bakat tempatan dan bersifat inklusif dalam meraikan warisan budaya dan sastera Melayu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2016 09:41PM Dikemas Kini : 24 Sep 2016 09:45PM

SINGAPURA: Mengiktiraf bakat tempatan dan bersifat inklusif dalam meraikan warisan budaya dan sastera Melayu.

Ini agar semua orang tidak kira apa jua latar belakang dapat meraikannya sebagai satu masyarakat dan negara.

Itulah matlamat acara Bulan Bahasa di kejiranan Nee Soon yang dilancarkan siang tadi (24 Sep) oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam.

Sesuai dengan namanya Semarak Warisan, acara itu meraikan warisan budaya dan sastera Melayu yang kaya menerusi persembahan tarian, lagu serta puisi.

Lebih istimewa, persembahan di acara itu menampilkan seorang pakar bahasa isyarat sebagai usaha untuk bersifat inklusif agar semua kumpulan masyarakat dapat meraikan budaya dan warisan Melayu.

"Kita dapat merasakan peningkatan dari segi tahap pendekatan yang diambil dan juga pelbagai acara-acara dan budaya yang kalau kita lihat, lebih terperinci dalam sambutan di Nee Soon ini," kata AP GRC Nee Soon, Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim.

"Setiap estet itu berbeza dan punya keistimewaan tersendiri. Hari ini kita melihat keistimewaan di mana mereka cuba melibatkan masyarakat yang kurang upaya dan ini saya rasa, satu pembaharuan dan sesuatu yang memberikan nafas baru kepada acara Bulan Bahasa, kerana kadang-kala kita sering terlupa, ada ramai dalam segenap masyarakat," menurut Pengerusi Bulan Bahasa Rahayu Mahzam.

Lebih 1,000 penduduk hadir di acara itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan