Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pilihan Raya Kecil Bukit Batok: Rahayu ajak pengundi teliti pilih pemimpin

Semasa berucap dalam rapat Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok malam ini (5 Mei), AP GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, mengajak para pengundi supaya bersikap teliti dalam soal memilih pemimpin.

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan Raya Kecil Bukit Batok: Rahayu ajak pengundi teliti pilih pemimpin

Calon PAP, Encik Murali Pillai bersama AP Jurong, Rahayu Mahzam, bertemu penduduk di pusat pertukaran bas Bukit Batok. (Gambar: Sara Victoria Grosse)

Diterbitkan : 05 May 2016 11:04PM Dikemas Kini : 05 May 2016 11:06PM

SINGAPURA: Semasa berucap dalam rapat Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok malam ini (5 Mei), AP GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, mengajak para pengundi supaya bersikap teliti dalam soal memilih pemimpin.

Ini kerana para pengundi perlu tahu siapakah calonnya, apa pula latar belakangnya, bagaimana prinsipnya dan apakah prinsip partinya.

Dan sama ada calon parti berkenaan dapat memenuhi keperluan penduduk Bukit Batok dan warga Singapura pada amnya.

Cik Rahayu juga menyentuh tentang kekhuatiran warga tua tentang soal sara hidup dan apa yang Encik Murali Pillai lakukan untuk golongan tersebut.

"Sebenarnya banyak usaha yang dicurahkan untuk memastikan warga tua kita terjaga. Misalnya, semasa pengumuman Belanjawan 2016, ada juga pengumuman tentang Skim Ihsan Senja dan rangkaian masyarakat untuk memperbaiki perkhidmatan untuk warga tua".

"Tentu sekali setiap perkara itu boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. Di Parlimen juga, kita lihat ramai AP PAP terus menerus meminta pertolongan perlindungan bantuan diberikan kepada warga tua. Jadi saya hairan sedikit kenapa parti SDP memberi gambaran seolah-olah pemerintah PAP mengenepikan warga tua. Ini sama sekali tidak tepat," tegas Cik Rahayu.

Cik Rahayu juga menambah, Encik Murali mempunyai rancangan khusus untuk warga tua di Bukit Batok, iaitu menubuhkan sebuah lagi pusat jagaan warga tua dan sebuah koperatif jagaan kesihatan yang boleh membantu mengurangkan kos perubatan.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan