Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perkembangan Terkini: Murali menang pilihan raya Bukit Batok

Calon PAP, Murali Pillai, diisytiharkan sebagai Anggota Parlimen baru Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Batok.

Anggaran Waktu Membaca:
Perkembangan Terkini: Murali menang pilihan raya Bukit Batok

Para pengundi beratur bagi pilihan raya kecil Bukit Batok pada 7 Mei 2016. (Gambar: Ray Yeh)

Diterbitkan : 07 May 2016 07:47PM Dikemas Kini : 08 May 2016 02:08AM

SINGAPURA: Calon PAP, Murali Pillai, diisytiharkan sebagai Anggota Parlimen baru Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Batok.

Encik Murali meraih 61.21 peratus undi, menewaskan calon SDP, Chee Soon Juan, yang mendapat 38.79 peratus undi di Pilihan Raya Kecil Bukit Batok.

Pegawai Pilihan Raya mengumumkan keputusan rasmi itu malam tadi (7 Mei).

Seramai 25,727 penduduk Bukit Batok layak mengundi hari ini bagi memilih Anggota Parlimen baru untuk kawasan undi perseorangan (SMC) itu - lapan bulan setelah Pilihan Raya Umum 2015.

Kerusi SMC Bukit Batok dikosongkan setelah AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) David Ong meletak jawatan setelah didapati menjalin hubungan sulit dengan seorang aktivis akar umbi.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara setiausaha agung Parti Demokratik Singapura (SDP) Dr Chee Soon Juan dan calon PAP, Murali Pillai, seorang peguam.

Para penyokong PAP berhimpun di cawangan parti itu di Bukit Batok malam tadi, sementara para penyokong SDP pula berkumpul di Stadium Bukit Gombak.

Ikuti perkembangan terkini pilihan raya Bukit Batok yang akan terus dikemaskini:

12.35 tengah malam: Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam memberikan sepatah dua ulasan. "Murali memberikan prestasi yang amat baik sekali," katanya.

12.30 tengah malam: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Chan Chun Sing, memberikan wawancara di luar Cawangan PAP Bukit Batok.

12.20 tengah malam: PAP akan adakan perarakan ucap tahniah untuk Murali Pillai sekitar 10.30 pagi esok (8 Mei) dari cawangan PAP Bukit Batok.

12.14 tengah malam: "Saya akan terus berkhidmat, bekerja keras dan meyakinkan" pengundi Bukit Batok pada masa akan datang, kata calon SDP, Dr Chee Soon Juan. "Kami melakukan yang terbaik, kami bangga dengan apa yang kami sudah usahakan," ujarnya lagi.

Dalam ucapannya, Dr Chee juga berkata walaupun kalah, tetapi melihat para penyokongnya yang sanggup menunggu sehingga 11.30 malam, beliau merasakan yang sebaliknya.

"I will continue to serve, work and convince" #BukitBatok voters next time round: SDP's Chee https://t.co/pZLXoGG7GG https://t.co/a0AiE7O6xt

— Channel NewsAsia (@ChannelNewsAsia) May 7, 2016
Calon SDP Dr Chee Soon Juan memberi ucapan selepas keputusan diumumkan. 

(Gambar: Channel NewsAsia)

12.10 tengah malam: Di sidang media PAP, Murali Pillai berkata beliau rasa sungguh tersentuh dengan keputusan pilihan raya kecil Bukit Batok, dan mengucapkan terima kasih atas mandat yang diberikan.

“Dengan rendah diri, saya rasa terdorong dengan keputusan ini; SDP menjalankan kempen mereka dengan baik,” katanya.

Mengenai rancangannya, beliau berkata: “Saya akan mula bertugas esok.”

Beliau menyifatkannya sebagai keputusan yang amat baik sekali, yang menyediakan asas bagi pihaknya untuk terus melakar rancangan-rancangan untuk penduduk.

Calon PAP, Murali Pillai, mencium ibunya selepas sidang media menyusuli keputusan pilihan raya. (Gambar: Linette Lim)

(Gambar: Channel NewsAsia)

11.50 malam: PM Lee dalam kenyataannya: "Keputusan pilihan raya kecil ini bukan saja kemenangan untuk Bukit Batok, tetapi juga menunjukkan semua rakyat Singapura bersatu padu dalam membangunkan negara. 

"Murali dan pasukannya sudah bekerja keras sepanjang tempoh berkempen, namun tugas mereka yang sebenar bermula sekarang.

"Tahniah kepada Murali Pillai atas kemenangannya! Beliau akan terus bekerja keras dan berkhidmat untuk rakyat dengan baik."

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL BUKIT BATOK

Calon PAP, Murali Pillai menang dengan meraih 61.21% undi, calon SDP, Chee Soon Juan mendapat 38.79% undi.

Bilangan pengundi: 25,727

Keputusan Pilihan Raya Umum 2015: Calon PAP, David Ong menang dengan 73% undi. Calon SDP, Sadasivam Veriyah meraih 26.4% undi, calon bebas, Samir Salim Neji dapat 0.6%.

11.24 malam: Panel lima anggota dijangka akan bercakap kepada pihak media selepas pengumuman keputusan pilihan raya di cawangan PAP Bukit Batok.

11.23 malam: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Chan Chun Sing tiba di cawangan PAP Bukit Batok.

11.20 malam: "Pasti akan menang!" kata DPM Tharman sambil mengucapkan terima kasih kepada para penyokong di luar pejabat cawangan PAP.

(Gambar: Channel NewsAsia)

11.16 malam: Calon PAP, Murali mengucapkan terima kasih kepada para penyokong, sambil ditemani AP-AP GRC Jurong dan Menteri Grace Fu.

Encik Murali Pillai mengucapkan terima kasih kepada para penyokong.

(Gambar: Channel NewsAsia)

11.10 malam: Pihak media menunggu sidang media PAP di cawangan PAP Bukit Batok.

Pihak media menunggu sidang media PAP di cawangan PAP Bukit Batok. (Gambar: Channel NewsAsia)

(Gambar: Channel NewsAsia)

11.08 malam: Sekitar 300 hingga 400 penyokong SDP berhimpun di Stadium Bukit Gombak.

#SDP supporters awaiting the outcome of #BukitBatok #SGByElection at Bukit Gombak Stadium. https://t.co/pZLXoGXJ5g https://t.co/JgzE1dLemy

— Channel NewsAsia (@ChannelNewsAsia) May 7, 2016
Sekitar 300 hingga 400 penyokong SDP berhimpun di Stadium Bukit Gombak. (Gambar: Channel NewsAsia)

(Gambar: Channel NewsAsia)

11.02 malam: Calon PAP, Murali disambut begitu ramai penyokong di cawangan PAP Bukit Batok. Ada seseorang kedengaran berteriak "I love you!".

Murali mobbed at PAP #BukitBatok branch. Someone heard shouting "I love you" https://t.co/pZLXoGG7GG #SGByElection pic.twitter.com/fbC5f6Mveu

— Channel NewsAsia (@ChannelNewsAsia) May 7, 2016

10.50 malam: Calon PAP, Murali Pillai dan DPM Tharman Shanmugaratnam di bilik khas di cawangan PAP untuk menunggu keputusan rasmi.

Calon PAP, Murali Pillai dan DPM Tharman Shanmugaratnam di bilik khas di cawangan PAP untuk menunggu keputusan rasmi. (Gambar: Channel NewsAsia)

(Gambar: Channel NewsAsia)

10.45 malam: Orang ramai berhimpun di luar cawangan PAP Bukit Batok untuk menunggu keputusan rasmi. 

Orang ramai berhimpun di luar cawangan PAP Bukit Batok untuk menunggu keputusan rasmi. (Gambar: Channel NewsAsia)

(Gambar: Channel NewsAsia)

10.30 malam: Para anggota SDP teruskan sorakan bagi membangkitkan semangat di Stadium Bukit Gombak. 

Para anggota SDP teruskan sorakan bagi membangkitkan semangat di Stadium Bukit Gombak. (Gambar: Channel NewsAsia)

(Gambar: Channel NewsAsia)

10.26 malam: DPM Tharman, AP yang menerajui GRC Jurong, dijangka akan berucap di sidang media PAP.

10.20 malam: Para penyokong SDP menunggu ketibaan Dr Chee Soon Juan. Seorang wakil berkata beliau berada di pusat kiraan undi.

10.14 malam: Timbalan Perdana Menteri (DPM) Tharman Shanmugaratnam kini di cawangan PAP Bukit Batok.

DPM Tharman Shanmugaratnam tiba di cawangan PAP Bukit Batok. (Gambar: TODAY)

DPM Tharman Shanmugaratnam tiba di cawangan PAP Bukit Batok. (Gambar: TODAY)

10.08 malam: Calon PAP, Murali Pillai, tiba di cawangan PAP Bukit Batok untuk menunggu keputusan rasmi. "Kita tunggu keputusan rasmi," katanya ketika diminta mengulas tentang keputusan kiraan undi sampel.

PAP's Murali Pillai arrives at Bukit Batok branch office. (Photo: Linette Lim)

(Gambar: Channel NewsAsia)

10.00 malam: Suasana sugul di kalangan penyokong SDP apabila keputusan kiraan undi sampel diumumkan.

Suasana sugul di kalangan penyokong SDP apabila keputusan kiraan undi sampel diumumkan.(Gambar: Channel NewsAsia)

(Gambar: Channel NewsAsia)

9.45 malam: Keghairahan di kalangan para penyokong SDP mula reda menyusuli keputusan kiraan undi sampel Bukit Batok.

9.40 malam: AP PAP, Alex Yam tiba di cawangan PAP, dan berkata parti sedang ghairah menantikan keputusan rasmi pilihan raya selepas keputusan kiraan undi sampel didedahkan.

AP PAP, Alex Yam tiba di cawangan PAP, berkata parti sedang ghairah menantikan keputusan rasmi pilihan raya selepas keputusan kiraan undi sampel didedahkan. 

9.30 malam: Para aktivis PAP masuk ke sebuah bilik berhampiran cawangan PAP Bukit Batok sedang mereka menunggu keputusan pilihan raya.

Para aktivis PAP masuk ke sebuah bilik berhampiran cawangan PAP Bukit Batok sedang mereka menunggu keputusan pilihan raya. (Gambar: Channel NewsAsia)

(Gambar: Channel NewsAsia)

9.26 malam: KIRAAN UNDI SAMPEL SMC BUKIT BATOK

Calon PAP, Murali Pillai, mendahului dengan 61% undi, calon SDP, Chee Soon Juan mendapat 39% undi

Bilangan pengundi: 25,727

Keputusan Pilihan Raya Umum 2015: Calon PAP, David Ong menang dengan 73% undi. Calon SDP, Sadasivam Veriyah meraih 26.4% undi, calon bebas, Samir Salim Neji dapat 0.6%.

9.20 malam: Para penyokong menunggu keputusan pilihan raya di luar cawangan PAP di Bukit Batok. 

Para penyokong menunggu keputusan pilihan raya di luar cawangan PAP di Bukit Batok. (Gambar: Channel NewsAsia)

(Gambar: Channel NewsAsia)

9.05 malam: Pihak media sudahpun dibenarkan masuk ke ruang sidang media bagi PAP, sementara menantikan kedatangan calon PAP bagi Bukit Batok, Murali Pillai.

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam pula dijangka memimpin sidang media bagi mengulas keputusan undian hari ini. 

(Gambar: Daud Yusof)

9.00 malam: Sebelum proses mengundi berakhir, calon PAP, Murali Pillai memberitahu para wartawan bahawa ia "satu persaingan sengit."

(Gambar: Channel NewsAsia)

8.55 malam: Proses kiraan undi sedang berlangsung. Keputusan kiraan undi sampel sedang dinantikan. 

Proses kiraan undi sedang berlangsung. Keputusan kiraan undi sampel sedang dinantikan. (Gambar: Channel NewsAsia) 

Proses kiraan undi sedang berlangsung. Keputusan kiraan undi sampel sedang dinantikan. (Gambar: Channel NewsAsia) 

8.50 malam: Penyokong SDP menunggu keputusan pilihan raya di Stadium Bukit Gombak.

Penyokong SDP menunggu keputusan pilihan raya di Stadium Bukit Gombak. (Gambar: Channel NewsAsia)

8.40 malam: PAP tidak mempunyai sebuah pusat perhimpunan awam yang besar seperti stadium untuk para penyokongnya. Sebaliknya ia memilih untuk berkumpul di sebuah blok HDB , iaitu di cawangan PAP di Bukit Batok West Avenue 6.

(Gambar: BERITAMediacorp)

8.35 malam: Proses kiraan undi bermula secara rasmi.

(Gambar: Channel NewsAsia)

8.30 malam: Para penyokong SDP berhimpun di Stadium Bukit Gombak untuk menunggu keputusan pilihan raya. 

Para penyokong SDP berhimpun di Stadium Bukit Gombak untuk menunggu keputusan pilihan raya. (Gambar: Channel NewsAsia)

(Gambar: Channel NewsAsia)

8.20 malam: Kotak-kotak mengundi sedang ditutup rapi. Proses mengundi akan bermula tidak lama lagi.

Kotak-kotak mengundi bagi pilihan raya Bukit Batok ditutup rapi. (Gambar: Channel NewsAsia)
Kotak-kotak mengundi bagi pilihan raya Bukit Batok ditutup rapi. (Gambar: Channel NewsAsia)

(Gambar: Channel NewsAsia)

8.00 malam: Pusat-pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Bukit Batok sudah ditutup.

Pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Bukit Batok. (Gambar: Channel NewsAsia)

Pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Bukit Batok. (Gambar: Channel NewsAsia)

Sumber : CNA/BERITAMediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan