Perarakan bagi mengucapkan terima kasih oleh calon SDP Dr Chee
Calon SDP Dr Chee Soon meluangkan pagi tadi untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bukit Batok atas sokongan mereka.
SINGAPURA: Calon SDP Dr Chee Soon juga meluangkan pagi tadi untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bukit Batok atas sokongan mereka.
Dr Chee meraih 38.8 peratus undi dalam pilihan raya kecil semalam.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, Dr Chee berkata ia bergantung kepada sempadan pilihan raya pada masa itu.
Dr Chee juga berkata parti beliau terus bertekad seperti sebelumnya dan tidak banyak yang berubah.
"Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi. Ia satu kempen yang baik, seperti yang saya katakan, kami memberikan yang terbaik dan semua perhatian perlu ditumpukan kepada ahli-ahli kami. Saya rasa buat masa ini semua penduduk dapat berehat dan kami akan kembali lagi," ulas Dr Chee.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.