Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Murali Pillai dengan rasminya kini AP SMC Bukit Batok

Calon Parti Tindakan Rakyat PAP, Encik Murali Pillai, yang memenangi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok pada Sabtu (7 Mei) mengangkat sumpah jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP) hari ini (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Murali Pillai dengan rasminya kini AP SMC Bukit Batok

Encik Murali Pillai ketika mengangkat sumpahnya di Parlimen hari ini (9 Mei 2016).

Diterbitkan : 09 May 2016 03:16PM Dikemas Kini : 09 May 2016 03:18PM

SINGAPURA: Calon Parti Tindakan Rakyat PAP, Encik Murali Pillai, yang memenangi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok pada Sabtu (7 Mei) mengangkat sumpah jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP) hari ini (9 Mei).

Encik Murali berjaya mengekalkan kerusi Bukit Batok bagi Parti Tindakan Rakyat (PAP) setelah kerusi kawasan undi perseorangan (SMC) itu dikosongkan selepas penyandangnya David Ong meletak jawatan setelah didapati menjalin hubungan sulit dengan seorang aktivis akar umbi.

Encik Murali, 48 tahun, menyertai 82 AP dari PAP dalam Parlimen sebanyak 101 kerusi itu.

Dalam pilihan raya kecil yang diadakan Sabtu lalu, Encik Murali seorang pegaum, meraih 61 peratus undi.

Pesaingnya, Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP) Dr Chee Soon Juan hanya mendapat 39 peratus undi.

Kemenangan Encik Murali itu dikecapi lapan bulan setelah bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2015.

Ketika itu beliau merupakan sebahagian daripada pasukan PAP yang bersaing dengan Parti Pekerja (WP) di GRC Aljunied, dan kalah tipis di tangan parti pembangkang itu.  

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan