Skip to main content

Iklan

Iklan

BERITA EKSTRA: Wawancara bersama aktivis akar umbi, Amrin Amin

Encik Amrin Amin, 36 tahun, disebut-sebut sebagai antara mereka yang mungkin dicalonkan dalam pilihan raya akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Beliau disebut-sebut sebagai antara mereka yang mungkin dicalonkan dalam pilihan raya akan datang.

Namun Encik Amrin Amin, 36 tahun, enggan membuat sebarang ulasan, setakat berkata keputusan muktamad mengenai hal itu kini terletak di tangan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

SIAPAKAH AMRIN AMIN?

Encik Amrin merupakan peguam korporat di firma guaman, Joseph Tan Jude Benny LLP, dan kini bergiat aktif sebagai anggota Jawatankuasa Perundingan Rakyat Marsiling (CCC).

Meskipun sudah menceburkan diri dalam kegiatan akar umbi selama lebih sedekad, kehadiran beliau hanya mula dirasai pihak media selepas pelancaran projek Kampung Admiralty pada tahun lepas.

Di acara itu, Encik Amrin diperkenalkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Tenaga Manusia, Encik Hawazi Daipi, sebagai individu yang "berpotensi" menjadi calon PAP.

Sejak itu, beliau sering dilihat menemani beberapa pemimpin tempatan di pelbagai acara kemasyarakatan, terutamanya di GRC Sembawang, di mana beliau diura-urakan akan bertanding.

BUKAN LAGI SEKADAR 'PENEMAN SETIA'

Hari ini (25 Julai), beliau sekali lagi dilihat bersama para AP GRC Sembawang seperti Encik Khaw Boon Wan dan Encik Vikram Nair, di sebuah acara berjalan beramai-ramai bagi memperingati Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak.

Namun kehadirannya kali ini bukan lagi sekadar sebagai peneman setia, tetapi sebagai peneraju utama acara, yang berjaya menarik penyertaan lebih 3,500 rakyat tempatan.

Menurut Encik Khaw, Encik Amrin sudah mula turun padang bagi sama-sama membantu GRC Sembawang sejak lebih setahun lalu.

Namun adakah itu mencukupi untuk mendapatkannya tempat sebagai calon dalam pilihan raya akan datang? Kita lihat saja kesudahannya dalam masa beberapa minggu ini. 

Sementara itu, saksikan wawancara penuh bersama beliau dalam klip BERITA EKSTRA ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nt
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan