Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA: Wawancara penuh jiran yang merakam kes penderaan wanita tua

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedang menyiasat kes penderaan anggota keluarga selepas satu rakaman video tersebar luas di internet menunjukkan wanita tua ditampar anak perempuannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2015 11:13PM Dikemas Kini : 22 Jul 2015 11:42AM

SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan polis sedang menyiasat kes penderaan anggota keluarga selepas satu rakaman video tersebar luas di internet menunjukkan wanita tua ditampar anak perempuannya.

Kejadian tersebut berlaku petang semalam dan video itu dirakam seorang jiran, Encik Muhd Juani Ali yang kemudian memuat naiknya ke Facebook.

Beliau berkata perbuatan seperti ini berlaku sejak enam bulan lalu. 

"Di hadapan orang ramai, mereka tak akan buat macam itu. Tapi kalau tak ada orang, barulah mereka pukul mak cik itu.

"Sebenarnya, saya tak mahu terbabit dalam hal ini, tapi saya tak sanggup lihat mak cik itu macam ini, jadi saya buat keputusan, laporkan kepada pihak berkuasa," kata Encik Mohd Juani.

"Dulu beliau sihat, tak seperti sekarang, seperti yang dilihat dalam video itu. Malah, kepalanya dicukur botak. Saya kasihankan dia," tambahnya lagi.

Video di bawah ini dilihat lebih 600,000 kali dan dikongsi 27,000 kali.

Before anything, I would like to apologise if this video or my post may hurt or offend anyone. This video is definitely not something that any child or human being would want to see. Have you ever wonder how an abused woman is living in her own house? We have been seeing the changes in the old lady. From an old cheerful lady to a botak and fragile old lady whose face is bruised everytime single time we saw her. As much as we would want to render help, we are in no position to. (domestic affair) We have been witnessing alot of incident but just this one time, we decided to discreetly video-ed them. They were pretending to be talking nicely when my mum was along the corridor hanging the laundry. But the moment my mum stepped into our house............this is just one of the things that happened. This is not the first time. Watch it. Such inhuman. The one who is slapping her is...................her own daughter. How could you. She's your own mum. She carried you in her womb. How could you gang up with others against your own mum?  I know many others would comment on why are we not doing anything. However we are sharing this video with hope that many others would help us stop all this together. I hope all of you can share this video. #savethemakcikThe address is 48 lower delta road #03-05

Posted by ApohTecky Numero on Monday, July 20, 2015

Rakaman tersebut juga dikongsi dengan MSF yang segera bertindak. MSF menekankan bahawa keselamatan wanita tua berkenaan menjadi keutamaannya.

Ikuti klip BERITA EKSTRA ini yang membawakan wawancara penuh bersama Encik Muhd Juani Ali mengenai wanita berusia 58 tahun yang didera itu.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan