Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA: Wawancara bersama 4 Duta Bahasa yang baru dilantik, termasuk Ramli Sarip dan Fiza O

Lagi empat Duta Bulan Bahasa dilantik bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Bahasa 2015.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jun 2015 08:15AM Dikemas Kini : 22 Jun 2015 10:19AM

SINGAPURA: Lagi empat Duta Bulan Bahasa dilantik bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Bahasa 2015.

Mereka ialah penyanyi veteran Datuk Ramli Sarip, deejay radio Ria Fiza O, wartawan Berita Harian Encik Hairianto Diman, serta penulis dan guru madrasah, Cik Siti Aisyah Mohamed Salim.

Apakah komen mereka dilantik sebagai Duta Bahasa dan apakah yang mereka harap dapat sumbang kepada persada bahasa Melayu selaku seorang Duta?

Ikuti klip BERITA EKSTRA ini yang membawakan wawancara penuh bersama mereka ini.

Ikuti juga ucapan Pengerusi Bulan Bahasa, Encik Zaqy Mohamad mengenai rancangan jawatankuasa beliau bagi Bulan Bahasa tahun ini.

Bulan Bahasa 2015 akan dilancarkan pada 5 September ini oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Sumber : BERITA Mediacorp/diwai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan