BERITA EKSTRA: Video penuh pertunjukan bunga api NDP 2015
Bagi anda yang tidak dapat menyaksikan pertunjukan bunga api semasa NDP tahun ini, ikuti klip BERITA EKSTRA ini yang menampilkan keseluruhan pertunjukan tersebut.
SINGAPURA: Pertunjukan bunga api yang berlangsung malam tadi (9 Ogos) semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini merupakan yang paling gah dan terbesar dalam sejarahnya.
Jumlah bunga api yang digunakan, dua kali ganda berbanding NDP tahun lalu.
Orang ramai yang berada di sekitar kawasan Marina Bay, baik di Padang mahupun di Pelantar Terapung, dapat melihat seluruh pertunjukan bunga api dengan jelas.
Bagi anda yang tidak dapat menyaksikan pertunjukan bunga api yang gah itu, ikuti klip BERITA EKSTRA ini yang menampilkan keseluruhan pertunjukan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.