Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA - MOE kaji kemungkinan bantu madrasah dalam subjek sekular

MOE sedang mengkaji kemungkinan membantu madrasah-madrasah dalam pengajaran subjek-subjek sekular.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Aug 2015 12:50AM Dikemas Kini : 01 Aug 2015 01:01AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Kementerian Pendidikan (MOE) sedang mengkaji kemungkinan membantu madrasah-madrasah di sini dalam pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek sekular.

Ini, kata PM Lee, bertujuan membantu madrasah meningkatkan mutunya, khususnya dalam bidang tersebut. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Bahasa Melayu di majlis perjumpaan Hari Raya di hotel Ritz-Carlton, Millenia Singapore, malam ini.

"Sungguhpun madrasah bukan sebahagian daripada sistem pendidikan nasional, ia membangunkan identiti masyarakat Melayu/Islam di Singapura," ujar PM Lee.

Beliau menambah butiran lanjut akan didedahkan dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan nanti.

CALON MELAYU PAP

Ketika ditanya tentang calon-calon Melayu PAP bagi Pilihan Raya Umum akan datang, PM Lee berkata "ada beberapa calon" yang akan meyakinkan masyarakat Singapura bahawa "kita ada calon Melayu yang sama tarafnya dengan calon-calon kita yang lain."

Selain itu, PM Lee turut menyentuh pencapaian cemerlang masyarakat Melayu/Islam di sini, dan usaha pemerintah membantu masyarakat Islam mengamalkan kehidupan beragama dengan sempurna.

Ikuti ucapan penuh PM Lee dalam klip BERITA EKSTRA ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan