Skip to main content

Iklan

Iklan

BERITA EKSTRA: M.Nasir "Tiada jalan pintas dalam kerjaya seni"

BERITAMediacorp berpeluang mewawancara dua ikon muzik Melayu M Nasir dan Ramli Sarip yang buat pertama kali bergabung bagi menghiburkan para peminat Singapura dalam sebuah konsert, pada 1 Januari 2016, di The Esplanade.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: "Saya rasa formulanya mudah sahaja. Tidak ada! Tidak ada! Sebab kalau ada formula, semua orang boleh berjaya."

Demikian penilaian M Nasir ketika ditanya wartawan BERITAMediacorp dalam wawancara eksklusif sempena konsert 'Brotherhood in Music' di Esplanade.

BERITAMediacorp juga berpeluang mewawancara seorang lagi ikon muzik tersohor Ramli Sarip yang buat pertama kali bergabung dengan M Nasir bagi menghiburkan para peminat Singapura dalam konsert, di The Esplanade itu.

Menurut kedua-dua insan seni itu, sudah tepat pada waktunya untuk mereka mengadakan konsert buat julung-julung kalinya di Singapura yang menggabungkan dua genre muzik yang berbeza.

Menerusi wawancara dengan BERITAMediacorp, mereka turut mengongsi pandangan serta pengamatan tentang konsep muzik ketimuran, evolusi muzik Melayu masa kini, takrif sebenar perjuangan seni serta inspirasi mereka.

Selain itu, mereka juga menekankan pentingnya mendekati golongan muda, khususnya menerusi penghasilan karya seni seperti muzik.

Ikuti wawancara penuh bersama kedua-dua lagenda nusantara,dalam klip BERITA EKSTRA ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan