Skip to main content

Iklan

Iklan

BERITA EKSTRA: KRU masih memukau, berjaya pikat peminat baru

Rindu para peminat KRU terubat dengan konsert KRU 25 yang berlangsung baru-baru ini di Esplanade.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rindu para peminat KRU terubat dengan konsert KRU 25 yang berlangsung baru-baru ini di Esplanade.

Para peminat KRU dihiburkan dengan lagu-lagu hits selama satu setengah jam.

Sehari sebelum konsert meraikan ulang tahun ke-25 KRU, BERITAMediacorp berpeluang bertemu dengan Norman Abdul Halim dan Yusry Abdul Halim bagi satu wawancara eksklusif.

Beberapa perkara yang sangat-sangat ingin diketahui peminat turut dibincangkan, mencakupi potensi mengembalikan secara aktif KRUmania menerusi pelancaran album baru, sehingga kepada mengapa tiada rancangan untuk menghasilkan program realiti KRU bagi menjejak kehidupan tiga adik-beradik yang sudah tidak beraksi hampir lebih sedekad sehingga konsert KRU 25 baru-baru ini.

Selain itu, turut dibincangkan ialah rahsia kejayaan jenama KRU yang menjangkau arena muzik Melayu dan dengan pengalaman yang luas, serta pandangan mereka tentang kesediaan bakat-bakat muda untuk meneruskan perjuangan seni mereka ataupun mengatasi populariti gelombang K-Pop.

Ikuti wawancara penuh BERITA Mediacorp bersama KRU dalam video di atas.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan