Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA: Jackie Chan cium tangan anak Melayu/Islam, pesakit barah di NUH

Bintang Hollywood dan Hong Kong itu berkunjung ke Pusat Barah Kanak-kanak VIVA-University di Hospital Universiti Singapura (NUH) pada 7 Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 May 2015 09:05PM Dikemas Kini : 10 May 2015 01:53PM

SINGAPURA: Jackie Chan terkejut apabila semasa beliau berjabat tangan dengan seorang kanak-kanak Melayu/Islam, kanak-kanak tersebut mencium tangan beliau (sebagaimana kebiasaan anak-anak Melayu kita). Jackie Chan tertawa dan kemudian mencium semula tangan kanak-kanak tersebut.

Itulah yang berlaku semasa bintang Hollywood dan Hong Kong itu berkunjung ke Pusat Barah Kanak-kanak VIVA-University di Hospital Universiti Singapura (NUH) pada 7 Mei.

Selebriti yang sememangnya dikenali ramai itu ke NUH untuk bertemu dan beramah mesra dengan pesakit barah kanak-kanak demi memberi semangat dan sokongan kepada mereka.

Seorang kanak-kanak lain pula memberi dua keping gambar untuk ditandatangani oleh Chan. Dengan ramah, Chan berkata beliau ingat bahawa gambar itu diambil sekitar empat atau lima tahun lalu.

Ini bukan kali pertama Chan mengunjungi Pusat Barah Kanak-Kanak VIVA-University. Beliau juga pernah ke pusat itu pada Mac 2008.

Kunjungan Jackie Chan pada kali ini adalah sebahagian daripada projek amal SG50 Singapore Power, yang mana Yayasan Viva untuk Kanak-kanak dengan Barah menjadi satu daripada enam penerima bantuan.

Jackie Chan, bersama penyanyi Hong Kong, Wakin Chau dan pemuzik Taiwan, Jonathan Lee juga membuat persembahan dalam majlis makan malam gala dan konsert amal bertajuk "Love from the STARS" di Resorts World Sentosa pada 10 Mei.

Acara itu bertujuan untuk mengumpulkan dana $6 juta untuk enam pertubuhan amal termasuk Yayasan Viva untuk Kanak-kanak dengan Barah, sempena ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-50.

Saksikan klip BERITA EKSTRA Jackie Chan di Singapura ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan