Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA: 3 minit bersama CEO baru MENDAKI, Rahayu Buang

Cik Rahayu Buang. Itulah nama yang akan menjadi basahan di bibir masyarakat Melayu/Islam tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Nov 2016 01:09AM Dikemas Kini : 25 Nov 2016 01:17AM

BERITAMediacorp: Cik Rahayu Buang. Itulah nama yang akan menjadi basahan di bibir masyarakat Melayu/Islam tidak lama lagi.

Cik Rahayu Buang bakal memikul tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MENDAKI, salah sebuah badan terpenting bagi masyarakat Melayu di negara ini.

Badan itu mengendalikan wang puluhan juta dolar setahun.

Tahun lalu misalnya, MENDAKI membelanjakan sekitar S$80 juta bagi pelbagai program pembangunan masyarakat - iaitu suatu jumlah rekod dalam perbelanjaan tahunannya.

Tahun lalu juga MENDAKI membantu lebih 73,000 orang penerima.

Itulah antara tugasan dan tanggungjawab yang bakal digalas Cik Rahayu bermula Januari 2017.

Cik Rahayu berkata, beliau amat berbesar hati diberi peluang jadi CEO MENDAKI, dan isu-isu sosial memang "dekat di hati saya".

Apakah antara yang ingin beliau laksanakan selaku CEO MENDAKI?

"Saya harap dapat meningkatkan lagi dan meneruskan usaha ini dengan lebih gigih supaya kita dapat lebih menolong masyarakat kita mencapai kemajuan, dan juga menolong segolongan pelajar kita yang memerlukan bantuan lebih dalam beberapa subjek di sekolah." Itulah antara kata-kata pertama Cik Rahayu kepada pihak media semasa diperkenalkan sebagai bakal CEO badan bantu diri itu.

Apa lagi yang beliau katakan? Ayuh saksikan video BERITA EKSTRA mendengar sendiri beberapa ulasan Cik Rahayu tentang tugas barunya itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan