Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MND: Para pemaju perlu ambil kira keperluan pejalan kaki, pengayuh basikal

Para pemaju tidak lama lagi perlu mengambil kira keperluan pejalan kaki dan pengayuh basikal dalam rancangan pembangunan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Apr 2016 06:52PM Dikemas Kini : 11 Apr 2016 10:55PM

SINGAPURA: Para pemaju tidak lama lagi perlu mengambil kira keperluan pejalan kaki dan pengayuh basikal dalam rancangan pembangunan mereka.

Ini selepas pemerintah bercadang untuk memperkenalkan garis panduan baru dalam usaha mengurangkan penggunaan kereta di Singapura dan menjadikan negara ini lebih mesra penduduk.

Menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, ini termasuk menyemak lokasi di mana terdapat ramai pejalan kaki.

Selain memperkenalkan garis panduan pembangunan yang baru, Encik Wong berkata menjadi keutamaan pemerintah untuk mengurangkan penggunaan kereta dan menjadikan Singapura bandar yang mesra penduduk.

Satu inisiatif adalah meneroka laluan berbasikal ke bandar yang baru di estet-estet berdekatan bandar dan jarak perjalanan yang mengambil masa 30 minit seperti Geylang, Bishan dan Queenstown.

Walaupun banyak laluan tersedia ada menerusi laluan penghubung taman, Encik Wong berkata terdapat halangan seperti jejatas dan lebuh raya.

Beliau berkata kementeriannya sedang meneroka cara untuk membolehkan perjalanan yang lancar.

MND mahu menyediakan laluan khusus sebegitu di estet-estet HDB dan akan terdapat laluan pejalan kaki lebih lebar dan laluan berbasikal di kawasan CBD.

Selain menyediakan prasarana Encik Wong berkata penting juga untuk mengubah pemikiran rakyat Singapura.

"Oleh itu kita mula membuka jalan untuk pejalan kaki dan mewujudkan zon bebas kereta sama ada pada hujung minggu atau secara tetap. Ini adalah usaha kita untuk menunjukkan bahawa jalan-jalan bebas kereta boleh menjadi ruang-ruang awam yang menarik bagi semua untuk menikmatinya," jelas Encik Wong.

Salah satu cara adalah menambah zon bebas kereta.

Buat masa ini, 18 jalan raya ditutup untuk pejalan kaki pada hujung minggu.

Ini mungkin diperluaskan kepada jalan-jalan seperti Keong Saik dan Armenian Street yang baru-baru ini ditutup bulan lalu.

Encik Wong mengajak rakyat memanfaatkan program baru URA yang menawarkan dana permulaan untuk menggalak idea bagaimana mengubah ruang awam.  

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan