Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kegiatan luar darjah bentuk komponen utama dalam kurikulum pendidikan

Pelan Induk Pendidikan Pengembaraan yang baru diumumkan dalam Belanjawan beri isyarat pentingnya kegiatan luar darjah membentuk komponen utama dalam kurikulum pendidikan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Mar 2016 10:05PM Dikemas Kini : 26 Mar 2016 11:23PM

SINGAPURA: Satu Pelan Induk Pendidikan Pengembaraan yang baru diumumkan dalam Belanjawan kali ini.

Ia memberi isyarat pentingnya kegiatan luar darjah membentuk komponen utama dalam kurikulum pendidikan.

Kegiatan seperti luar amat menyeronokkan.

Pada masa yang sama, ia memupuk semangat kerjasama menerusi sikap saling mempercayai serta membangunkan yakin diri dan daya tahan.

Sifat-sifat seperti itulah yang boleh diperolehi melalui pendidikan pengembaraan luar darjah.

Lebih banyak sekolah mengadakan program-program sedemikian.

Pelan induk yang diumumkan pemerintah memberi para pendidik tumpuan lebih baik tentang bagaimana program-program ini boleh dilaksanakan.

Sebahagian daripada pelan induk itu sebuah kampus baru Pusat Bina Semangat Singapura (OBS) di Coney Island.

Ia dijangka siap pada 2020 dan menelan belanja kira-kira $250 juta.

Para pendidik berkata pendidikan luar darjah membolehkan para pelajar mengalami sendiri apa yang dipelajari di bilik darjah.

Inisiatif itu juga satu langkah yang tepat dalam memberi para pelajar pendedahan awal kepada pendidikan lasak luar darjah.

"Ini adalah satu landasan yang baik kerana dengan adanya program-program seperti ini, ia memberikan sokongan padu kepada golongan muda kita, untuk pembangunan mereka," jelas Setiausaha Parlimen MOE dan MSF serta AP GRC Nee Soon Dr Muhd Faishal Ibrahim.  

Justeru, pihak sekolah melihat pelan induk ini sebagai sebahagian daripada peralihan berterusan kepada pendidikan lebih holistik, sekali gus menghasilkan pelajar yang cerdas dan cergas. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan