Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gan Kim Yong: 'Anjakan minda' diperlukan bagi tangani isu penuaan dan kesihatan

Cara Singapura menangani isu penuaan dan kesihatan memerlukan anjakan minda dan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong menyenaraikan tiga anjakan sedemikian semasa membahaskan peruntukan belanjawan bagi kementeriannya di Parlimen hari ini (13 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Gan Kim Yong: 'Anjakan minda' diperlukan bagi tangani isu penuaan dan kesihatan

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 13 Apr 2016 02:05PM Dikemas Kini : 13 Apr 2016 11:15PM

SINGAPURA: Cara Singapura menangani isu penuaan dan kesihatan memerlukan anjakan minda dan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong menyenaraikan tiga anjakan sedemikian semasa membahaskan peruntukan belanjawan bagi kementeriannya di Parlimen hari ini (13 Apr).

Encik Gan menarik perhatian bahawa banyak negara maju dengan penduduk yang menua turut berdepan dengan cabaran yang serupa dengan Singapura dan pengalaman yang boleh ditimba daripada negara-negara itu ialah Singapura tidak boleh bergantung kepada satu huraian saja.

"Singapura boleh dan mesti bersedia untuk membuat perubahan. Ia akan mengambil masa dan kita mesti memulakannya sekarang. Kita mesti memanfaatkan sistem yang benar-benar berupaya memenuhi keperluan kita dengan cara yang menjimatkan kos dan dapat ditampung menjangkaui 2020," kata Encik Gan.

Untuk berbuat demikian, Encik Gan menggariskan tiga anjakan minda:

BERALIH DARIPADA HOSPITAL KE MASYARAKAT

Menyentuh tentang anjakan pertama, Encik Gan berkata MOH kini sedang merubah sistem penyediaan jagaan kesihatan, dari yang mengutamakan hospital kepada satu sistem yang disasarkan khusus untuk memenuhi keperluan rakyat Singapura.

Satu aspek dalam membentuk semula sistem jagaan kesihatan ialah dengan menghubungkannya dengan Sistem Kesihatan Daerah (RHS). Menurut Encik Gan, ini boleh dilakukan dengan membangunkan sektor jagaan asas, jangka pertengahan, jangka panjang dan jagaan rumah serta rangkaian antarfa hospital dengan rakan penyedia khidmat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, banyak lagi yang perlu dilakukan. Salah satu contoh ialah dengan membangunkan laluan jagaan yang lebih berstruktur bagi menjaga para pesakit dengan lebih baik lagi.

Encik Gan juga menekankan model "Satu Rakyat, Satu Doktor Keluarga", yang mana setiap rakyat Singapura seharusnya membina hubungan dengan seorang doktor biasa, juga masih relevan. "Kami ingin mengubah khidmat jagaan asas menjadi jagaan pertama dan yang berterusan agar rakyat Singapura boleh mendapatkan jagaan kesihatan yang bermutu dalam masyarakat."

Sebagai sebahagian daripada anjakan minda yang pertama itu, Singapura juga perlu memikirkan cara baru untuk membangunkan dan memanfaatkan tenaga kerja dalam sektor jagaan kesihatan.

"Tenaga kerja jagaan kesihatan mesti bersiap sedia bagi masa hadapan, ini penting bagi memastikan agar karyarwan jagaan kesihatan dapat menikmati kerjaya yang memuaskan, di samping memperolehi kemahiran baru," tegas beliau.

MENJAGA RAKYAT - DARI SAAT DILAHIRKAN HINGGA KE AKHIR HAYAT

Encik Gan berkata isu berhubung kematian adalah satu isu yang sensitif di kalangan masyarakat Asia, namun perbincangan tentang isu ini perlu diadakan, bukan setakat dengan anggota keluarga saja, tetapi juga di peringkat nasional.

Ini memerlukan pendekatan yang melibatkan seluruh masyarakat, sambil menambah bahawa pertubuhan-pertubuhan seperti Yayasan Lien pernah membangkitkan isu tersebut di peringkat nasional.

Menurut Encik Gan, Agensi bagi Jagaan Bersepadu (AIC) sudah bekerjasama dengan hospital-hospital dan rakan-rakan masyarakat untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran terhadap Perancangan Jagaan Lanjut (ACP). ACP membolehkan para indivdu dan keluarga mereka untuk memahami dengan lebih mendalam tentang permintaan akhir hayat mereka, tambah beliau.

The Minister also said the Agency for Integrated Care (AIC) has been working with hospitals and community partners to raise awareness of Advance Care Planning (ACP). ACP allows individuals and their families to better understand their preferences towards the end of life and fulfil their wishes, he added.

BERALIH DARIPADA MUTU KEPADA NILAI

Bagi anjakan minda yang kedua, Menteri Kesihatan turut mendedahkan bahawa belanjawan jagaan kesihatan meningkat lebih seganda dari $4.7 bilion pada Tahun Kewangan 2012 kepada $11 bilion pada Tahun Kewangan 2016.

Ini sebahagiannya disebabkan oleh penuaan dan keperluan untuk melabur dalam bidang prasarana dan juga kerana perubahan pada dasar pemerintah yang kini turut menyokong kos jagaan kesihatan.

Penubuhan Agensi bagi Jagaan Berkesan (ACE) akan mengembangkan lagi keupayaan dalam menilai keberkesanan kos bagi teknologi kesihatan.

Encik Gan menambah ACE akan meneliti kos rawatan yang tinggi serta teknologinya, sambil menilai secara sistematik dan menghasilkan panduan mengenai penggunaan yang sesuai bagi rawatan dan teknologi sedemikian, di samping menggalak para penyedia khidmat supaya bijak menguruskan kos dan terus menawarkan khidmat jagaan yang bermutu.

"Ini akan membantu para pesakit, penjaga mereka dan juga doktor untuk membuat keputusan yang lebih baik dan mengelakkan khidmat tidak penting yang boleh meningkatkan lagi kos," tegas beliau.

Anjakan minda yang terakhir melibatkan peralihan tumpuan dari jagaan kesihatan kepada usaha untuk menjaga kesihatan. Sehubungan itu, Encik Gan mengisytiharkan "peperangan terhadap kencing manis" sebagai satu inisiatif seumpama itu, yang beliau sifatkan sebagai usaha berterusan yang bermatlamat untuk membantu rakyat Singpura hidup bebas dari penyakit kencing manis dan bagi membantu mereka yang menghidap penyakit itu dengan mengawal keadaan mereka dari menjadi bertambah buruk. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan