Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ESM Goh: Belanjawan 2016 pastikan S'pura dahului persaingan, cabaran

Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong berkata Belanjawan kali ini memberi tumpuan terhadap memastikan Singapura bersedia mengharungi cabaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2016 08:09PM Dikemas Kini : 27 Mar 2016 10:02PM

SINGAPURA: Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong berkata Belanjawan kali ini memberi tumpuan terhadap memastikan Singapura bersedia mengharungi cabaran.

Ini katanya sesuatu yang diharapkan mendiang Encik Lee Kuan Yew untuk Singapura.

Beliau berkata demikian di satu acara akar umbi bagi memperingati bapa pengasas Singapura, mendiang Encik Lee.

"Encik Lee selalu memberi tumpuan terhadap masa depan Singapura. Beliau mahu kehidupan berjalan seperti biasa, bahkan lebih baik lagi. Jadi, inilah cara yang terbaik untuk memperingati beliau. Belanjawan kali ini baik, yang fokus terhadap merubah kehidupan masyarakat Singapura," jelas ESM Goh.

Tegasnya Singapura juga perlu kekal berdaya saing dalam menghadapi perubahan dunia, bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran dan sentiasa bersiap siaga mengharungi cabaran.

Acara yang diadakan di Kelab Masyarakat Marine Parade ini dihadiri sekitar 140 penduduk dan pemimpin akar umbi.

Mereka meneroka warisan sejarah kawasan Joo Chiat dan Marine Parade sebagai memperingati mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Bersama dengan para peserta lain, Encik Goh juga meletakkan gambar keluarganya di pameran gambar yang bertemakan 'Potret Keluargaku'. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan