Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob: Lagi 25,000 ruang solat disediakan menjelang 2018

Menjelang 2018, sekitar 24,700 ruang solat akan disediakan, satu peningkatan sejak 2009. Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim di Parlimen hari ini (14 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Yaacob: Lagi 25,000 ruang solat disediakan menjelang 2018

Masjid Maarof. (Gambar: MUIS)

Diterbitkan : 14 Apr 2016 01:37PM Dikemas Kini : 14 Apr 2016 07:13PM

SINGAPURA: Menjelang 2018, sekitar 24,700 ruang solat akan disediakan, satu peningkatan sejak 2009.

Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim di Parlimen hari ini (14 Apr).

Ini selepas kerja-kerja peningkatan dan naik taraf selesai dijalankan bagi lima buah masjid di bawah Fasa Kedua Program Peningkatan Masjid; termasuk pembangunan semula Masjid Darul Ghufran dan pembinaan Masjid Maarof di Jurong West pada lewat tahun ini dan Masjid Yusof Ishak di Woodlands pada awal tahun depan.

Bulan lalu, Dr Yaacob mengumumkan bahawa sumbangan bulanan kepada Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) akan dinaikkan antara $1 dengan $10, bermula 1 Jun. "Ini perlu bagi memenuhi keperluan kritikal masyarakat kita," kata Dr Yaacob, sambil menarik perhatian bahawa sejak 2009, dua buah masjid dibina dan 17 dinaik taraf.

Dr Yaacob turut mengumumkan bahawa kawasan solat sementara yang berbumbung boleh menampung 500 jemaah, bakal dibangunkan bertentangan Masjid Al-Istighfar pada lewat tahun ini bagi mengurangkan kesesakan. Dalam jangka panjang, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga akan menjalankan kerja naik taraf di masjid tersebut.

Dr Yaacob menambah: "Tahun lalu, saya berkongsi pelan jangka panjang untuk membina sebuah masjid baru di Tampines North. Sepanjang tahun lalu, kami bekerja rapat dengan agensi-agensi pemerintah untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi masjid baru itu, sambil mengambil kira keperluan masa hadapan kejiranan itu.

"Dengan itu, sukacita saya umumkan bahawa kami sudahpun mendapatkan tempat dekat Avenue 10 dan masjid baru itu bakal dibina di tengah-tengah bandar Tampines North. Masjid itu adalah untuk menampung para penduduk dan pekerja di kawasan itu, yang juga boleh dimanfaatkan oleh para penduduk di Pasir Ris West dan Punggol."

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan