Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Tharman: 50 Anugerah Pembelajaran SkillsFuture diperuntukkan bagi sektor logistik

Sebanyak 50 Anugerah Pembelajaran SkillsFuture diperuntukkan bagi sektor logistik, kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam hari ini (19 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Tharman: 50 Anugerah Pembelajaran SkillsFuture diperuntukkan bagi sektor logistik

DHL Supply Chain membuka pusat barunya di Tampines LogisPark. (Gambar: Calvin Hui)

Diterbitkan : 19 Apr 2016 04:48PM Dikemas Kini : 19 Apr 2016 04:53PM

SINGAPURA: Sebanyak 50 Anugerah Pembelajaran SkillsFuture diperuntukkan bagi sektor logistik, kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam hari ini (19 Apr).

Semasa berucap di pembukaan rasmi Pusat Rangkaian Bekalan Serantau DHL (ARC), Encik Tharman berkata Pemerintah sedang bekerjasama dengan DHL untuk membangunkan lebih ramai bakat di bawah Inisiatif Pembangunan Kepimpinan SkillsFuture.

Di bawah kerjasama itu, DHL akan melancarkan program pengurusan bersekutunya yang pertama, diberi nama AGILE, yang akan mengambil masuk 10 hingga 12 siswazah baru di bawah program selama 18 bulan itu.

Kursus tersebut dijadual bermula pada bulan Ogos tahun ini.

Menurut Encik Tharman, industri logistik adalah salah satu sektor pertama yang melaksanakan Program Perubahan Industri yang diumumkan dalam Belanjawan tahun ini. Encik Tharman turut menegaskan bahawa industri logistik adalah nadi utama Singapura.

DHL menyatakan kemudahan baru itu adalah hasil pelaburan bernilai lebih $160 juta. Terletak di Tampines LogisPark, ARC akan memanfaatkan sistem automasi berbilang pelanggan bernilai $18.8 juta yang menampilkan sistem robotik serba canggih. Sistem tersebut membolehkan para pelanggan untuk memanfaatkan huraian-huraian automasi tanpa memerlukan pelaburan modal yang besar.

Sebelum ini, sistem automasi sedemikian hanya boleh digunakan oleh para pelanggan untuk meraih ekonomi ikut skala. Bagaimanapun, sistem tersebut kini boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai pelanggan dan sistem yang serupa boleh meraih manfaat yang boleh dikongsi sama.

Pengarah Urusan DHL Supply Chain Singapore Jason Goh berkata sistem itu adalah yang pertama seumpama itu di Singapura dan juga antara yang pertama di dunia.

Kemudahan seluas 90,000 meter persegi itu juga menawarkan huraian logistik bagi industri-industri tertentu seperti sains hayat dan perniagaan kesihatan serta prasarana khusus bagi operasi aeroangkasa.

ARC dilancarkan beberapa bulan selepas DHL membuka Pusat Inovasi Asia Pasifik pada Disember tahun lalu, yang menerapkan teknologi baru dan menghasilkan huraian inovatif dengan rakan-rakan niaganya.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan