Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AVA akan luaskan program kembiri kucing

Program Mengembiri Kucing Terbiar di estet-estet perumahan HDB akan diperluaskan untuk meliputi kawasan perindustrian dan komersil, serta estet-estet perumahan privet.

Anggaran Waktu Membaca:
AVA akan luaskan program kembiri kucing

Kucing terbiar di Singapura. (Gambar: Vivien Loon)

Diterbitkan : 11 Apr 2016 07:31PM Dikemas Kini : 11 Apr 2016 07:36PM

SINGAPURA: Program Mengembiri Kucing Terbiar di estet-estet perumahan HDB akan diperluaskan untuk meliputi kawasan perindustrian dan komersil, serta estet-estet perumahan privet.

Demikian diumumkan oleh Menteri Negara Pembangunan Negara Koh Poh Koon di Parlimen hari ini (11 Apr).

Mengumumkannya di Parlimen, Dr Koh menambah, pemerintah merancang untuk mengembirikan lagi 20,000 ekor kucing terbiar di bawah program yang diperluaskan itu.

Buat masa ini, Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan (AVA) membiayai bersama sebahagian daripada kos mengembirikan dan memasang cip-mikro pada kucing-kucing terbiar di estet-estet perumahan, sambil bekerjasama dengan Persatuan bagi Mencegah Penganiayaan Haiwan (SPCA) dan Persatuan Kebajikan Kucing.

Menurut Dr Koh, kumpulan-kumpulan kebajikan haiwan juga membantu menjadi orang tengah bagi maklum balas yang ada kaitan dengan kucing dan menguruskan mereka yang memberi makan kepada kucing bagi mengelakkan gangguan pada masyarakat. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan