Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertumbuhan tenaga kerja tempatan melonjak sejak 2 tahun lalu

Pertumbuhan tenaga kerja tempatan melonjak sejak 2 tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Pertumbuhan tenaga kerja tempatan melonjak sejak 2 tahun lalu

Gambar fail para pekerja di Raffles Place. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 13 Mar 2015 02:02PM Dikemas Kini : 13 Mar 2015 02:03PM

SINGAPURA: Pertumbuhan tenaga kerja tempatan melonjak sejak 2 tahun lalu bagi memenuhi permintaan buruh, ia dijangka akan merosot dengan ketara di masa depan.

Dalam laporannya yang terbaru mengenai pasaran buruh, Kementerian Tenaga Manusia menyatakan, kadar pengambilan pekerja dijangka tumbuh lebih perlahan iaitu purata 20,000 setahun pada akhir dekad ini.

Kadar pertumbuhan pengambilan pekerja tempatan adalah sekitar 96,000 tahun lalu, berbanding 82,900 pada 2013.

Sementara itu, pengambilan pekerja asing tumbuh lebih perlahan iaitu sekitar 34,000 berbanding 53,300 pada 2013.

Secara keseluruhan, kadar pengangguran merosot dalam suku keempat kepada 1.9 peratus dari 2 peratus pada suku sebelumnya.

Kadar pengambilan pekerja tahun lalu kekal tidak berubah iaitu 2 peratus.

Para penduduk tempatan membentuk 2 daripada setiap 3 orang yang bekerja, dengan warga asing membentuk sepertiga pekerja.

Menurut laporan itu, hampir 13,000 pekerja diberhentikan kerja tahun lalu, naik dari sekitar 11,500 pada 2013.

Namun sekitar 59 peratus daripada penduduk Singapura yang diberhentikan kerja tahun lalu, mendapat pekerjaan baru menjelang Disember.

Selepas mengambil kira penyesuaian musiman, terdapat lagi 143 kerja kosong bagi setiap seratus pemohon kerja pada Disember.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan