Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PAP Muda dan Forum Dasar PAP keluarkan kertas pendirian bagi Belanjawan 2017

Sayap belia Parti Tindakan Rakyat (PAP), PAP Muda, dan Forum Dasar PAP (PPF) hari ini (16 Feb) secara bersama mengeluarkan kertas pendirian berjudul "Mempertingkatkan Daya Kerja dan Daya Saing Rakyat Singapura".

Anggaran Waktu Membaca:
PAP Muda dan Forum Dasar PAP keluarkan kertas pendirian bagi Belanjawan 2017

Bendera dengan logo PAP. (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 16 Feb 2017 07:32PM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 11:43AM

SINGAPURA: Sayap belia Parti Tindakan Rakyat (PAP), PAP Muda, dan Forum Dasar PAP (PPF) hari ini (16 Feb) secara bersama mengeluarkan kertas pendirian berjudul "Mempertingkatkan Daya Kerja dan Daya Saing Rakyat Singapura".

Kertas itu dikeluarkan untuk membentangkan pandangan mereka bagi perbahasan-perbahasan Belanjawan akan datang.

Kertas itu mengemukakan empat saranan meluas bagi empat kumpulan rakyat Singapura agar mereka dapat terus diambil bekerja dan berdaya saing.

Bagi golongan pelajar, ia menyarankan untuk memperkenalkan sukatan sekolah yang dinamik dan lebih generalis yang melengkapi mereka dengan kemahiran insani, dengan fokus terhadap kepelbagaian kerjaya serta memudahkan mereka menjalani program bekerja sambil belajar, mulai peringkat sekolah menengah ke atas.

Bagi para pekerja, ia menyarankan agar memperluaskan Skim Biasiswa Industri dan membantu lebih banyak badan industri mewujudkan ekosistem pentauliahan untuk kemahiran dan kepakaran.

Bagi karyawan pertengahan kerjaya, ia menyeru agar lebih banyak sokongan diberikan untuk pembangunan tenaga kerja dan pemimpin serantau dan global, serta meningkatkan sumber-sumber yang tersedia untuk para PMET (Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen) yang diberhentikan kerja agar mereka mendapat bimbingan yang sesuai.

Bagi para pekerja tua, ia menyarankan agar menyediakan insentif-insentif untuk menggalak syarikat-syarikat mereka semula pekerjaan bagi tenaga kerja yang menua dan menubuhkan dana baru untuk menyediakan modal usaha sama dan sosial kepada perusahaan warga tua.

"Kertas ini mencerminkan kerjasama positif antara sayap-sayap PAP untuk bekerjasama dan menghasilkan satu kertas untuk lebih menyokong rakyat Singapura.

"Kami berharap saranan-saranan ini akan diambil dalam pertimbangan apabila pemerintah membentangkan Belanjawan 2017 agar Singapura terus cemerlang dan memastikan rakyat Singapura terus berdaya saing," kata pengerusi Majlis PPF, Benjamin Tay.

"Ia proses yang bernas dan memperkayakan minda untuk melihat para aktivis PAP, baik muda ataupun tua, bekerjasama untuk menawarkan perubahan pada proses penggubalan dasar," tambah Setiausaha Penganjur PAP Muda, Rahul Shah. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan