Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak bantuan bagi SME dakapi digital; fokus pada data dan keselamatan siber

Terdapat keupayaan-keupayaan yang sama yang diperlukan perniagaan-perniagaan untuk terus berdaya saing dan berkembang, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam Belanjawan 2017 hari ini (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2017 05:50PM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 11:01PM

SINGAPURA: Terdapat keupayaan-keupayaan yang sama yang diperlukan perniagaan-perniagaan untuk terus berdaya saing dan berkembang, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam Belanjawan 2017 hari ini (20 Feb).

Beliau berkata langkah-langkah ini penting sedang Singapura menjadi lebih matang sebagai sebuah ekonomi dan bersaing dari segi mutu dan idea-idea baru dan keupayaan mencipta nilai.

Encik Heng mengenal pasti keupayaan-keupayaan itu sebagai kebolehan untuk menggunakan teknologi digital dan mendakapi inovasi.

"Teknologi digital mempunyai potensi yang unik untuk merubah perniagaan, tidak kira kecil atau besar, untuk keseluruhan ekonomi.

"Cara pertama untuk memperkukuhkan perusahaan-perusahaan kami, terutama syarikat kecil dan sederhana (SME), ialah membantu mereka menggunakan huraian-huraian digital."

SOKONGAN UNTUK DIGITAL

Oleh itu, beliau mengumumkan Program Transformasi Digital untuk SME untuk membantu syarikat-syarikat membangunkan keupayaan digital, yang akan diusahakan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dengan kerjasama SPRING Singapore dan agensi-agensi sektor utama yang lain.

Salah satu komponen Program Transformasi Digital untuk SME ialah SME akan menerima nasihat tahap demi tahap tentang teknologi yang digunakan pada setiap tahap pertumbuhan mereka menerusi Rancangan Digital Industri mengikut sektor, bermula dengan sektor-sektor di mana teknologi digital boleh secara ketara memperbaiki daya penghasilan.

Ini termasik sektor runcit, khidmat makanan, perdagangan borong, logistik, pembersihan dan keselamatan, kata Encik Heng.

Syarikat-syarikat itu juga boleh mendapatkan bantuan secara peribadi di Pusat-Pusat SME dan Hab Teknologi SME baru yang ditubuhkan oleh SME, sementara syarikat-syarikat yang sudahpun bersedia merintis huraian-huraian ICT yang baru boleh menerima nasihat dan sokongan pembiayaan, tambahnya.

Terdapat juga rancangan untuk memperkukuhkan keupayaan dalam data dan keselamatan siber.

Encik Heng berkata: "Dengan digitalisasi yang meningkat, data akan menjadi aset yang penting untuk firma-firma, dan keselamatan siber yang kukuh diperlukan bagi rangkaian-rangkaian kami berfungsi dengan lancar."

Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) akan bekerjasama dengan badan-badan profesional untuk melatih para karyawan keselamatan siber.

Lebih S$80 juta akan disediakan untuk program-program itu, dan Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim akan memberi perincian lanjut di perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS), tambahnya.

MEMANFAATKAN INOVASI

Menteri Kewangan juga meluaskan inisiatif-inisiatif untuk membantu syarikat-syarikat mendakapi inovasi, dan menarik perhatian Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk menghasilkan pelan hala tuju untuk operasi dan teknologi. Ia akan meluaskan usahanya untuk menyokong 400 syarikat sepanjang empat tahun mendatang, katanya.

Bagi syarikat-syarikat yang ingin mendapat akses kepada hak milik intelektual (IP), rakan kerja SPRING, Intellectual Property Intermediary akan memadankan mereka dengan IP yang memenuhi keperluan mereka, kata Encik Heng.

A*STAR juga bekerjasama dengan SME menerusi program Headstart, yang membolehkan SME yang membangunkan secara bersama IP dengan agensi itu, untuk mendapatkan lesen eksklusif dan bebas royalti bagi 18 bulan dalam inisiatif yang pertama - dan ini akan dilanjutkan kepada 36 bulan, menurut menteri itu.

Tambahan lagi, Pemerintah akan juga menyokong syarikat-syarikat dalam penggunaan peralatan mesin yang canggih untuk menghasilkan prototaip dan menjalankan ujian, yang mungkin memerlukan kelengkapan khas yang menelan kos yang tinggi.

A*STAR akan menyediakan akses kepada kelengkapan seperti itu, latihan pengguna dan nasihat di bawah Inisiatif Akses kepada Teknologi yang baru, dan para Menteri Perdagangan dan Perusahaan akan mengulas lanjut tentangnya semasa COS, tambah Encik Heng. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan