Skip to main content

Iklan

Iklan

Harga barang makanan tidak seharusnya naik ekoran kenaikan harga air

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohd Maliki Osman menegaskan, harga barang makanan tidak seharusnya meningkat ekoran kenaikan harga air.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohd Maliki Osman menegaskan, harga barang makanan tidak seharusnya meningkat ekoran kenaikan harga air.

Keprihatinan itu ditimbulkan oleh para peserta di satu sesi dialog pasca belanjawan untuk penduduk Melayu.

Selain peningkatan harga air, isu-isu berkaitan golongan pekerja, keperluan khas dan warga tua, turut mendapat perhatian.

RAMAI BIMBANG KESAN KENAIKAN HARGA AIR

Sekitar 100 penduduk Melayu dari daerah East Coast dan Fengshan menyertai dialog itu.

Ramai berasa bimbang tentang kesan kenaikan harga air yang diumumkan dalam kenyataan belanjawan baru-baru ini.

Mereka khuatir harga barangan akan meningkat sekiranya peniaga memindahkan kos kepada pengguna.

"Kita nak menjamu makanan kita hari-harian selepas kerja. Yang mana kita bekerja, kita akan makan di luar. Yang saya khuatirkan tiap-tiap pekedai yang menjual makanan-makanan ini akan menaikkan harga dan harga yang dinaikkan itu tidak setimpal dengan harga yang kita bayar $2 satu bulan atau $3 satu bulan," kata seorang penduduk Asmat Hashim.

Dr Maliki Osman yang juga Datuk Bandar Tenggara menjelaskan hal tersebut tidak seharusnya berlaku.

Ini kerana, selepas kenaikan harga air, syarikat-syarikat akan membayar $2.74 sen bagi setiap kubik meter atau 1,000 liter air, berbanding $2.15 sekarang.

Ini mempunyai kesan yang amat kecil ke atas harga secawan kopi atau teh, tegas Dr Maliki.

REBAT DAPAT KURANGKAN KESAN KENAIKAN HARGA

"Peningkatan kos tersebut tidak seharusnya meningkatkan kos-kos perbelanjaan seharian mereka tapi jika terdapat peningkatan tersebut kami menggalakkan mereka untuk mengenalpasti sumber-sumbernya supaya kami boleh melihat atau menilai apakah sebab-sebab peningkatan tersebut," tambah Dr Maliki.

Sungguhpun demikian, para peserta percaya, rebat yang diberikan pemerintah boleh mengurangkan kesan kenaikan harga air yang perlu dibayar oleh keluarga-keluarga setiap bulan.

Satu saranan adalah agar rebat diberikan mengikut jumlah anggota keluarga yang tinggal serumah, berbanding jenis flat.

Selain kenaikan harga air, bidang-bidang lain yang mendapat perhatian adalah kesihatan mental dan golongan keperluan khas.

Para peserta mengalu-alukan keprihatinan pemerintah namun berharap lebih banyak sumber boleh dilaburkan oleh meningkatkan khidmat untuk golongan-golongan ini.

Turut diutarakan adalah isu pekerjaan dan peningkatan kemahiran.

"Ia memang membimbangkan saya kerana saya di tahun terakhir di Politeknik Ngee Ann. Jadi saya rasa yang kebanyakannya pekerjaan kami sebagai orang Singapura telah diambil oleh pekerja asing," kata pelajar politeknik Amiraul Mustaqim.

Topik-topik lain yang dibincangkan dalam sesi dialog ini adalah perumahan serta ekonomi dan perniagaan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan