Belanjawan 2017: Yuran Pendaftaran Tambahan berperingkat yang baru bagi motosikal
Pemerintah akan memperkenalkan Yuran Pendaftaran Tambahan (ARF) berperingkat-peringkat bagi motosikal.
SINGAPURA: Pemerintah akan memperkenalkan Yuran Pendaftaran Tambahan (ARF) berperingkat-peringkat bagi motosikal, dengan sistem itu dikenakan kepada motosikal didaftar dengan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) mulai pembidaan COE kedua bulan Februari.
Dalam ucapan Belanjawan beliau hari ini (20 Feb), Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata sistem yuran bertingkat itu akan menjejas jumlah pembeli yang kecil yang membeli motosikal mahal, tetapi golongan ini semakin bertambah.
Bagi golongan itu, nilai pasaran terbuka (OMV) pembelian motosikal mereka sama dengan kereta-kereta kecil.
Encik Heng berkata menurut trend pendaftaran yang ada sekarang, lebih daripada separuh pembeli motosikal akan terus membayar yuran sekarang iaitu 15 peratus.
Selain itu, beliau berkata Kementerian Pengangkutan akan memansuhkan sumbangan kuota COE motosikal ke dalam kuota COE kategori terbuka.
Ini, katanya, bagi mencerminkan kemerosotan bertahap-tahap jumlah motosikal, kerana hanya sebilangan saja COE kategori terbuka digunakan untuk mendaftar motosikal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.