Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BELANJAWAN 2017: Ucapan NMP perkaya perbincangan awam, kata PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pada Sabtu (4 Mar) bahawa skim Anggota Parlimen Dilantik (NMP) berhasil memperkaya perbincangan awam.

Anggaran Waktu Membaca:
BELANJAWAN 2017: Ucapan NMP perkaya perbincangan awam, kata PM Lee

Gambar fail Parlimen bersidang. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 04 Mar 2017 11:06PM Dikemas Kini : 04 Mar 2017 11:09PM

SINGAPURA: Menyusuli perbahasan selama empat hari mengenai Belanjawan 2017 dan juga perbelanjaan yang diperuntukkan bagi setiap kementerian, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pada Sabtu (4 Mar) bahawa skim Anggota Parlimen Dilantik (NMP) berhasil memperkaya perbincangan awam.

"Berbanding negara-negara lain, Parlimen kita kurang dramatik, tetapi mutu perbahasan kita adalah tinggi," kata PM Lee di laman Facebooknya.

Merujuk kepada ucapan yang disampaikan oleh tiga NMP, Encik Lee berkata mereka bukan ahli politik dan "maka itu tidak mempunyai suara di Parlimen", namun mereka berani mengongsi kemahiran dan pengalaman mereka.

Sebagai contoh, NMP Kok Heng Leun berucap di Parlimen tentang bagaimana seni dan budaya dapat mengeratkan hubungan dan mempertingkatkan daya bingkas Singapura dalam masa-masa mencabar.

NMP Prof Randolph Tan, seorang ahli ekonomi, pula bertegas tentang pentingnya untuk memperhebat usaha penyejagatan.

Perdana Menteri juga menarik perhatian bahawa sesetengah AP pembangkang turut menyampaikan ucapan yang bernas.

Khususnya, ketua Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang yang menyentuh "secara tuntas" mengenai bagaimana perubahan landskap Singapura mencabar dasar luar negara.

"Beginilah caranya Parlimen yang bersifat demokrasi sepatutnya berfungsi. Kadangkala kita tidak dapat mencapai sesuatu yang ideal, tetapi bagi keempat-empat ucapan ini, kita telah melakukannya dengan baik." 

Sumber : CNA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan