Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2017: SMRT, ComfortDelGro akan salurkan penjimatan cukai diesel kepada pemandu teksi

Pengendali teksi SMRT dan ComfortDelGro merancang untuk menyalurkan pengurangan cukai khas tahunan ke atas kenderaan-kenderaan diesel kepada para pemandunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2017: SMRT, ComfortDelGro akan salurkan penjimatan cukai diesel kepada pemandu teksi

Gambar fail teksi di Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 22 Feb 2017 09:26AM Dikemas Kini : 22 Feb 2017 09:28AM

SINGAPURA: Pengendali teksi SMRT dan ComfortDelGro merancang untuk menyalurkan pengurangan cukai khas tahunan ke atas kenderaan-kenderaan diesel kepada para pemandunya, menurut kedua-dua syarikat itu pada Selasa (21 Feb).

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan penyusunan semula sistem cukai diesel bagi kenderaan.

Beliau berkata cukai khas tahunan akan dikurangkan sebanyak S$850 bagi teksi diesel dan S$100 bagi kereta diesel.

ComfortDelGro tidak memberikan perincian bagaimana penjimatan itu akan disalurkan kepada pemandunya.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan SMRT Taxis dan Khidmat Sewa Privet Tony Heng berkata: "Kami akan mengurangkan kadar sewa harian bagi teksi diesel dan menambah sumbangan bulanan kepada skim tokokan Medisave bagi penyewa teksi diesel kami."

Sistem cukai diesel yang baru itu adalah satu anjakan daripada model bayaran cukai sekaligus kepada model membayar apabila mengguna saja.

Pemilik kenderaan diesel dan pemandu teksi kini perlu membayar tarif 10 sen bagi setiap liter diesel yang dipam.

Kedua-dua ComfortDelGro dan SMRT sudah mula memperkenalkan teksi hibrid minyak petrol-elektrik.

SMRT Taxis menyatakan jumlah model teksi mesra alam membentuk hampir separuh daripada jumlah teksi keseluruhan syarikat itu.

Ini bermakna ia mengurangkan pergantungan kepada minyak diesel.

Buat masa ini, kurang 10 peratus daripada jumlah teksi di Singapura adalah jenis hibrid, tetapi hampir semua teksi yang dimiliki syarikat Prime Taxi adalah model hibrid.

Syarikat itu menyatakan penyusunan semula sistem cukai diesel itu adalah satu langkah ke arah yang betul. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan