Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2017: SME dijangka jadi tumpuan utama

Perusahaan kecil dan sederhana (SME) Singapura mungkin menjadi tumpuan utama dalam  Belanjawan yang akan dibentangkan minggu hadapan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Feb 2017 05:41PM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 11:44AM

SINGAPURA: Perusahaan kecil dan sederhana (SME) Singapura mungkin menjadi tumpuan utama dalam Belanjawan yang akan dibentangkan minggu hadapan.

Para pemerhati menjangkakan Belanjawan 2017 itu akan membina pada tema-tema utama transformasi industri dan membantu syarikat-syarikat SME menyesuaikan diri dengan ekonomi masa depan.

Beberapa program juga sudah diperkenalkan tahun lalu.

Bagi membantu syarikat-syarikat mengharungi masa-masa mencabar, Menteri Kewangan Heng Swee Keat memperkenalkan beberapa skim bantuan jangka pendek bagi syarikat-syarikat dalam Belanjawan tahun lepas.

Ini termasuk bantuan kewangan dalam bentuk Pinjaman Modal Kerja SME.

Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, skim itu sudah mengagihkan lebih $700 juta kepada sekitar 4,300 SME.

Penyedia teknologi setempat, Tunity Technologies, merupakan salah satu SME yang menyertai skim itu.

Menurutnya, pinjaman tersebut membantu dalam mengurangkan masalah aliran wang tunai sedang ia memberi tumpuan terhadap usaha mengembangkan syarikat di tengah-tengah ekonomi yang lemah.

Para pakar berkata langkah jangka pendek sedemikian, meskipun berkesan tahun lalu, mungkin tidak akan diberi tumpuan dalam belanjawan tahun ini.

Tahun lepas, pemerintah memberikan suntikan $4.5 bilion kepada Program Transformasi Industri.

Ia sejajar dengan usaha pemerintah menggalak penggunaan teknologi dalam industri-industri dan bertujuan menyepadukan kesemua usaha penyusunan semula dan melahirkan pendekatan yang lebih tertumpu.

Secara keseluruhannya, program itu menghasilkan 23 peta transformasi industri, meliputi hampir 80% daripada GDP Singapura.

Enam sudahpun dilaksanakan setakat ini.

Salah sebuah SME logistik tempatan menyatakan ITM itu memberikan pencerahan kepada hala tuju pemerintah bagi industri tersebut.

Bagi belanjawan akan datang, para pakar ekonomi menjangkakan lebih banyak perincian akan dibentangkan bagi fasa kedua proses penyusunan semula ekonomi yang dimulakan tahun lepas.

Ini termasuk bagi program-program seperti ITM.  

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan