Skip to main content

Iklan

Iklan

Belanjawan 2017: Lebih banyak bantuan untuk golongan kurang upaya, masalah kesihatan mental

Pemerintah akan menawarkan lebih banyak sokongan kepada golongan kurang upaya serta mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2017 05:49PM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 10:35PM

SINGAPURA: Pemerintah akan menawarkan lebih banyak sokongan kepada golongan kurang upaya serta mereka yang mengalami masalah kesihatan mental, menerusi Belanjawan tahun ini.

Menyebut tentang peri perlunya membina sebuah masyarakat yang inklusif, Menteri Kewangan Heng Swee Kiat menyatakan:

"Semua kita boleh memainkan peranan dalam masyarakat kita. Kita semua punya sesuatu untuk diberikan, sama ada masa, kepakaran atau perhatian lebih, untuk menjaga satu sama lain."

Berucap semasa membentangkan Belanjawan hari ini, Encik Heng mengumumkan beberapa inisiatif yang bertujuan membantu golongan kurang upaya dan yang mengalami masalah kesihatan mental.

PELAN INDUK PENGUPAYAAN KETIGA DILANCARKAN LAGI ORANG KURANG UPAYA

Sokongan lebih teguh bagi orang-orang kurang upaya akan diwujudkan dalam bentuk Pelan Induk Pengupayaan Ketiga - iaitu pelan kebangsaan lima tahun demi menyokong penduduk kurang upaya dan para penjaga mereka.

Pelan Induk itu dilakar oleh sebuah jawatankuasa meliputi wakil sektor swasta dan privet.

Pelan itu akan memastikan, program latihan bagi para pelajar pendidikan khas akan diluaskan kepada mereka yang mengalami kurang daya intelek peringkat sederhana atau mengalami beberapa kekurangan upaya.

Buat masa ini, program-program tersebut yang bertujuan mempersiap lulusan dari sekolah-sekolah pendidikan khas untuk bersedia bagi alam pekerjaan. Ia juga hanya dibuka kepada mereka yang mengalami autisme ringan atau kurang daya intelek ringan.

Olehi tu, sebuah Pusat Sokongan Penjaga Kurang Upaya akan ditubuhkan kata Encik Heng, bagi memberikan latihan dan sokongan kepada golongan penjaga.

Pusat itu akan bekerjasama dengan Badan-badan Kebajikan Sukarela (VWO) untuk merintis program-program yang memberi khidmat kepada mereka yang menjaga para pesakit yang baru didiagnosis sebagai orang kurang upaya.

Pemerintah menurut Encik Heng, akan membelanjakan sekitar $400 juta setiap tahun bagi dalam inisiatif-inisiatif yang menyokong golongan kurang upaya. Jumlah itu meliputi inisiatif-inisiatif yang ada sekarang. Lebih banyak perincian akan didedahkan semasa debat Jawatankuasa Peruntukan nanti.

PERBELANJAAN

Menteri Kewangan juga bercakap tentang peri perlunya menyokong golongan yang mengalami masalah kesihatan mental seperti demensia.

"Isu-isu kesihatan mental mungkin bukan mudah untuk diperkatakan, tetapi kita boleh membuat kemajuan baik apabila masyarakat bekerjasama," kata Encik Heng.

Oleh itu, pemerintah akan membelanjakan lagi S$160 juta kepada usaha-usaha kesihatan mental masyarakat, dedah beliau.

Ini termasuklah memberi sumber kepada VWO untuk menubuhkanlebih banyak pasukan-pasukan berasaskan masyarakat supaya menyokong mereka yang memerlukan, selain mendidikan orang ramai tentang isu-isu kesihatan mental.

Bilangan Masyarakat Mesra Demensia juga akan ditambah, agar lebih ramai orang yang menunjukkan simptom-simptom demensia boleh dibantu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/dy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan