Skip to main content

Iklan

Iklan

Belanjawan 2017: Cukai kenderaan diesel disusun semula berdasarkan penggunaan

Encik Heng berkata bahawa buat masa ini, terdapat cukai khas sekaligus yang terhadap kenderaan-kenderaan diesel, tanpa mengira jumlah diesel yang digunakan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2017: Cukai kenderaan diesel disusun semula berdasarkan penggunaan

Gambar fail teksi-teksi di Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 20 Feb 2017 05:46PM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 06:02PM

SINGAPURA: Akan terdapat perubahan serta merta tentang bagaimana minyak diesel akan dikenakan cukai, dan ini digariskan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa membentangkan kenyataan Belanjawan hari ini (20 Feb).

Encik Heng berkata bahawa buat masa ini, terdapat cukai khas sekaligus yang terhadap kenderaan-kenderaan diesel, tanpa mengira jumlah diesel yang digunakan.

Dengan penyusunan semula ini, cukai berdasarkan isi padu diperkenalkan pada harga S$0.10 bagi setiap liter diesel automotif, diesel industri dan komponen diesel dalam biodiesel.

Beliau menarik perhatian bahawa selain pengeluaran gas karbon, diesel menghasilkan bahan pencemar dan nitrogen oksida yang dikaitkan dengan peningkatan risiko barah paru-paru dan jangkitan pernafasan.

Selain itu, Encik Heng turut mengumumkan bahawa beliau akan mengurangkan cukai khas tahunan secara tetap ke atas kereta dan teksi diesel masing-masing sebanyak S$100 dan S$850.

Perubahan ini akan berkuat kuasa hari ini, katanya, sambil menambah bahawa beliau "menggesa" syarikat-syarikat teksi supaya menawarkan pengurangan itu kepada pemandu-pemandu mereka.

Bagi membantu perniagaan-perniagaan menyesuaikan diri, Encik Heng berkata beliau akan memperkenalkan rebat cukai jalan raya sebanyak 100 peratus selama setahun dan rebat cukai separa selama dua tahun lagi bagi kenderaan komersil yang menggunakan diesel.

Rebat wang tunai tambahan juga akan diperuntukkan bagi bas-bas diesel yang membawa kanak-kanak ke sekolah, kata beliau, dan rebat tahun pertama lebih daripada mengimbangi cukai diesel yang dikenakan pada tempoh yang sama. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan