Skip to main content

Iklan

Iklan

Belanjawan 2017: 4 lagi bahan pencemar dipertimbangkan dalam 2 skim insentif baru kenderaan

Skim Kenderaan Berdasarkan Pengeluaran Karbon (CEVS) akan digantikan dengan satu skim baru yang akan menimbangkan empat bahan cemas lain selain karbon dioksida. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2017 04:44PM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 10:31PM

SINGAPURA: Pemerintah akan mengubah suai dua skim insentif kenderaan bagi menggalak para pembeli kereta supaya membeli model yang lebih mesra alam, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa membentangkan kenyataan Belanjawan (20 Feb).

Menurut Encik Heng, Skim Kenderaan Berdasarkan Pengeluaran Karbon (CEVS) akan digantikan dengan satu skim baru yang akan menimbangkan empat bahan cemas lain selain karbon dioksida.

Skim Pengeluaran Kenderaan (VES) yang baru juga merangkumi nitrogen oksida, hidrokarbon, bahan organik dan karbon monoksida.

Skim CEVS dilaksanakan pada 2013 bagi menggalak para pemilik kereta supaya membeli kenderaan dengan pengeluaran gas karbon yang rendah.

Selepas satu semakan pada tahun 2015, skim itu menyediakan rebat-rebat antara $5,000 hingga $30,000 jika kenderaan yang didaftarkan mulai 1 Julai pada tahun itu diperiksa memiliki pengeluaran gas karbon kurang atau sebanyak 135g pengeluaran gas karbon bagi setiap kilometer.

Rebat-rebat itu diimbangi daripada Yuran Pendaftaran Tambahan (ARF) kenderaan tersebut.

Dengan menambahkan empat lagi bahan pencemar, Encik Heng berkata skim baru itu berharap dapat mengambil kira secara menyeluruh kesan kesihatan dan sekitaran daripada pengeluaran gas kenderaan.

Menurut laporan-laporan awal, sebarang syarat-syarat terhadap pengeluaran nitrogen oksida, sebagai contoh, boleh lebih menjejas kenderaan-kenderaan yang menggunakan minyak diesel berbanding yang menggunakan petrol.

Pengeluaran nitrogen oksida dikaitkan dengan isu-isu kesihatan seperti barah paru-paru.

Encik Heng menambah skim baru itu akan dikuatkuasakan selama dua tahun mulai Januari tahun 2018.

Sementara itu, CEVS yang ada sekarang akan dilanjutkan ke penghujung tahun 2017.

Encik Heng berkata satu lagi skim bagi kenderaan komersil diesel, Skim Pusing Ganti Awal, akan dipertingkatkan dan dilanjutkan.

Skim itu diperkenalkan pada tahun 2013 bagi menggalak pemilik kenderaan komersil yang lama dan lebih mencemar sekitaran, Euro II dan III, supaya menggunakan Euro VI.

Encik Heng berkongsi sekitar 27,000 pemilik kenderaan sebegitu memanfaatkan skim itu sejak ia diperkenalkan.

Beliau menambah skim tersebut, yang sepatutnya tamat pada Julai tahun ini, akan dilanjutkan pada 31 Julai 2019.

Lebih banyak perincian mengenai perkara itu akan dikongsikan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air semasa perdebatan Jawatankuasa Peruntukan pada bulan Mac nanti. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan