Skip to main content

Iklan

Iklan

Lima Soalan Bersama… Scha Alyahya

Peragawati, pelakon dan kini menjadi ibu kepada Lara Alana yang amat comel, Scha Alyahya merupakan antara selebriti Melayu yang berpengaruh di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Lima Soalan Bersama… Scha Alyahya

Gambar Scha Alyahya. (Gambar-gambar: Instagram/schaalyahya)

BERITAMediacorp: Peragawati, pelakon dan kini menjadi ibu kepada Lara Alana yang amat comel, Scha Alyahya merupakan antara selebriti Melayu yang berpengaruh di media sosial.

Scha Alyahya mempunyai lebih 4 juta pengikut di Instagram! Suami beliau, Awal Ashaari pula mempunyai 3.4 juta pengikut di Instagram manakala Lara Alana mempunyai lebih 3 juta pengikut IG.

Ini bermakna mereka tiga beranak, secara terkumpul, mempunyai lebih 10 juta pengikut IG! Sungguh luar biasa! Inilah yang membuat mereka sekeluarga menjadi buruan para pengiklan.

Maka tidak hairanlah sebuah akhbar Malaysia pada Februari tahun ini pernah menyifatkan mereka sekeluarga sebagai antara selebriti Malaysia paling tinggi pendapatannya dan mungkin juga yang paling berjaya.

Scha pernah berlakon dalam beberapa siri drama dan telemovie, dan kini memberikan tumpuan lebih kepada peniagaannya. Wartawan Faris Alfiq bertemu dengan pasangan tersebut baru-baru ini dan bertanya 5 SOALAN kepada pelakon jelita itu mengenai aspek keibubapaan.

(Gambar Scha bersama suaminya Awal Ashaari dan anaknya Lara Alana)

SOALAN 1

FARIS: Apakah perasaan anda sejak bergelar ibu bapa baru atau muda?

SCHA: Nak cakap mengenai perasaan, ia mengubah saya untuk menjadi seorang yang lebih baik. Ia membuat saya seorang yang positif, kuat dan ingin menjadi inspirasi kepada yang lain.

SOALAN 2

FARIS: Apa pula kenangan paling manis mengenai anak anda?

SCHA: Setiap pembangunannya adalah kenangan manis buat saya. Masa dia mula berjalan, mula-mula cakap, panggil ‘mummy daddy’. Tetapi yang pastinya adalah apabila saya lihat dia melakukan persembahan di atas pentas. Bila dia menari. Bila dia bersama kawan-kawannya saya rasa itu perasaan yang paling manis dalam hidup saya. Di boleh berjoget dengan baik dari mula hingga akhir.

SOALAN 3

FARIS: Kongsi dengan kami prinsip atau pegangan hidup anda?

SCHA: Dalam kehidupan anda harus tahu nilai anda dan jangan lupa asal usul anda. Anda harus kejar untuk mendapatkan apa yang anda mahukan. Bagi Scha tidak kira betapa popular anda, akhirnya anda harus ingat asal usul anda dan sentiasa berbaik hati tidak kisah dengan sesiapa pun. Jangan lari dari prinsip.

SOALAN 4

FARIS: Ini soalan mikrofon terbuka (open mic), kalau anda ada nasihat kepada orang ramai di luar sana, mungkin ibu bapa muda, apa agaknya yang anda ingin katakan?

Scha: Bagi Scha saya nak cakap pasal pemerkasaan wanita kerana kami berada di ambang 2018 dan Scha berharap semoga semua wanita di luar sana menyokong satu sama lain. Saya boleh lihat dalam media sosial semua inginkan bandingkan antara satu sama yang lain. Dia gemuk, dia kurus. Bagi Scha ia bukan satu perkara yang baik, kami seharusnya menyokong masing-masing dan bukan untuk menjatuhkan yang lain.

(Scha bersama suaminya Awal Ashaari)

SOALAN 5

FARIS: Apakah satu perkara yang anda tidak boleh hidup tanpanya?

Scha: Telefon bimbit. Kerana ia menghubung kami dan orang lain. Dengan keluarga.
   

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan