Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama... Syarif Sleeq

Perniagaan berkembang. Keluarga juga berkembang. Itulah yang boleh diperkatakan tentang artis dan peniaga tempatan, Syarif Sleeq. 

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama... Syarif Sleeq

(Gambar: Syarif/ Instagram)

BERITAMediacorp: Perniagaan berkembang. Keluarga juga berkembang. Itulah yang boleh diperkatakan tentang artis/peniaga tempatan, Syarif Sleeq.

Bermula dari kumpulan duo Sleeq, kini penyanyi Syarif jelas sudah semakin matang berbanding tahun-tahun dahulu. Manakan tidak, beliau kini sudahpun bergelar bapa kepada dua orang cahaya mata! Suami kepada Malaque Mahdaly ini malah bukan sahaja membina keluarga bersama isterinya itu, tetapi juga bertungkus-lumus untuk bekerjasama dan membangunkan perniagaan churros, Chulop!

Baru-baru ini, pasangan ini juga dilihat turut menjayakan sebuah lagi perniagaan baru dengan sokongan rakan-rakan selebriti lain yang diberi nama Marnis – iaitu sebuah platform untuk membantu para pembuat kuih dari rumah, agar produk mereka dapat lebih dinikmati oleh orang ramai. Anda boleh intai kegiatan Marnis di laman Instagram MarnisSg.

Meskipun kurang menghiasi kaca televisyen mahupun tampil dengan lagu single baru sejak kebelakangan ini, yang pasti, minat Syarif untuk terus bergiat dalam dunia seni masih membara dan belum lagi terpadam.

Dalam segmen 5 Soalan Bersama… minggu ini, wartawan Ira Musfirah mencungkil perasaan dan pemikiran penyanyi, usahawan dan bapa kepada Selma Malika dan Umar Nael ini.

(Gambar: Syarif/ Instagram)

SOALAN 1

Ira: Anda kini seorang ayah kepada 2 orang anak. Adakah wujud persamaan antara mereka?

Syarif: Saya rasa bersyukur dan bahagia tak terkata. Mungkin ketika ini terlalu awal untuk saya lihat persamaan ataupun perbezaan mereka berdua.

SOALAN 2

Ira: Apa makna di sebalik nama putera anda, Umar Nael? Ada sebarang inspirasi sebelum memilih nama itu?

Syarif: Makna nama Umar Nael dalam bahasa Inggeris ialah, ‘the brave and the prosperous’. Memang saya dan juga Malaque minat dengan nama-nama klasik dan ringkas.

SOALAN 3

Ira: Apa perkembangan terbaru Chulop? Adakah anda masih menyimpan hasrat untuk terus aktif dalam bidang lakonan atau nyanyian?

Syarif: Kami sedang sibuk dengan acara-acara seperti karnival, pesta dan sebagainya. Insya-Allah, kami sedang mencari peluang untuk berkembang di luar Singapura, masih sedang dalam perbincangan. Menyanyi dan berlakon juga adalah minat saya sejak kecil. Cuma sekarang fokus saya lebih kepada keluarga dan bisnes.

(Gambar: MarnisSg/ Instagram)

SOALAN 4

Ira: Anda sekarang terlibat dalam perniagaan baru - Marnis. Bagaimana tercetus idea Marnis?

Syarif: Idea Marnis ini tercetus apabila satu malam tu saya, Nurul Aini dan Fauzie Laily sedang duduk bercerita tentang keadaan ‘homebakers’ di Singapura. Rancangan kami ialah terus memberi peluang kepada homebakers yang penuh dengan potensi untuk memaparkan ‘bakes’ mereka menggunakan platform yang kami beri melalui acara dan promosi yang kami beri di laman sosial kami.

SOALAN 5

Ira: Apa yang paling anda hargai buat masa ini? Ada sebarang kata-kata motivasi bagi ayah-ayah baru?

Syarif: Saya hargai masa yang diluangkan bersama anak-anak saya kerana masa berlalu dengan cepat, jadi saya pesan diri saya bahawa saya tidak mahu menjadi terlalu sibuk sampai saya terlepas melihat mereka membesar. Kata-kata motivasi dari saya ialah selalulah bantu dan beri sokongan moral dan fizikal kepada isteri, lagi-lagi kalau anak pertama, kerana isteri anda memerlukannya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan