Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama… Erra Fazira

Wajahnya sudah cukup terkenal dalam dunia hiburan. Bukan hanya di kaca televisyen beliau mampu memukau penonton, beliau juga mempunyai beberapa album lagunya sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama… Erra Fazira

Selebrity terkenal Malaysia Erra Fazira. (Gambar: Instagram/errafazira)

BERITAMediacorp: Wajahnya sudah cukup terkenal dalam dunia hiburan. Bukan hanya di kaca televisyen beliau mampu memukau penonton, beliau juga mempunyai beberapa album lagunya sendiri.

Bermula sebagai peragawati Miss Universe Malaysia semasa berusia 19 tahun pada 1992 dan kini seorang peniaga produk kecantikan, Erra Fazira masih lagi mengekalkan wajah awet mudanya sehingga kini.

Hujung minggu lalu (11 Nov), jelitawan Malaysia yang sudah bertudung itu bertandang ke Singapura untuk menyerikan acara CelebFest. Wartawan Faris Alfiq bertemu dengan bintang popular untuk bertanyakan 5 Soalan secara spontan dan santai kepadanya. Ini respons Erra Fazira:

(Gambar: Instagram/errafazira)

SOALAN 1

FARIS: Anda sudah lama berkecipung dalam dunia hiburan - dari penyanyi, pelakon dan kini peniaga. Jadi apakah pengalaman yang anda rasa paling menarik dalam kerjaya anda?

ERRA: Susah saya nak pilih mana yang paling menarik sebab semuanya, sebagai seorang pelakon pun saya ada pencapaian saya tersendiri. Juga sebagai pengacara dan sekarang ini sebagai peniaga, sesuatu benda yang baru dan masih saya belajar lagi. Saya sedang teroka sini sana dan kita buat kesilapan untuk belajar dan itu adalah perjalanan yang sentiasa menarik yang menjadi kenangan dan memori.

SOALAN 2

FARIS: Mungkin anda juga boleh kongsikan kepada kami sesuatu episod atau insiden dalam hidup anda yang anda tidak akan lupakan.

ERRA: Pertama kali saya beritahu ibu saya supaya berhenti kerja. Biarlah saya yang bertanggungjawab atas (ehwal) rumah, (menjaga keluarga). Bila saya berani pegang tanggungjawab itu. Saya bersuara. Saya ingat lagi masa itu saya cakap dekat mak. Bila saya ingat lagi masa itu sampai sekarang lagi naik bulu roma saya. Mak saya peluk saya. Dan terus saya rasa macam wah berat tanggungjawab saya sehingga hari ini alhamdulillah saya masih menjaga keluarga saya.

(Gambar: Instagram/errafazira)

SOALAN 3

FARIS: Jadi apakah langkah Erra seterusnya khususnya dalam kerjaya Erra?

ERRA: Saya suka tumpukan perhatian kepada peniagaan saya kini. Kita dah dalam dunia hiburan dah lama dah lebih 20 tahun. Jadi apakah seterusnya? Kalau nak menyanyi saya dah menyanyi semua. Dan saya rasa jiwa saya sekarang saya pun suka benda yang tidak terlalu jadi perhatian. Jadi saya rasa perniagaan menjadi sasaran saya seterusnya.

SOALAN 4

FARIS: Apa pula prinsip kehidupan anda yang mendorong anda hingga ke hari ini?

ERRA: Hidup di dunia hanya sementara. Suka kita sementara. Duka kita pun sementara. Jadi semua yang kita hadapi, bertenang sahaja. Anda tidak akan gembira selama-lamanya, tidak akan bersedih selama-lamanya. Jadi, relaks.

(Gambar: Instagram/errafazira)

SOALAN 5

FARIS: Apakah 5 benda yang wajib ada dalam beg anda ketika keluar?

ERRA: Telefon bimbit, beg duit. Benda yang wajib eh? Saya sebenarnya orangnya minimalist, kalau jadi wanita gincu kerana kadang-kadang pucat. Buku nota. Saya tradisional walaupun ada telefon bimbit tapi saya perlukan kertas dan pena. Oh permainan saya. Kadang-kadang saya suka tonton filem semasa dalam perjalanan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan