Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS, Cisco lancar makmal $54 juta sokong transformasi industri, pendigitalan

Sebuah makmal korporat bernilai $54 juta dilancarkan bagi menyokong transformasi industri dan pendigitalan.

Anggaran Waktu Membaca:
NUS, Cisco lancar makmal $54 juta sokong transformasi industri, pendigitalan

Gambar: NUS

Diterbitkan : 05 Nov 2021 05:23PM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 05:25PM

SINGAPURA: Sebuah makmal korporat bernilai $54 juta dilancarkan bagi menyokong transformasi industri dan pendigitalan.

Ia akan menghimpunkan bakat-bakat dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Cisco untuk meningkatkan kajian dan inovasi dalam lima bidang utama.

Ini termasuk kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan pembangunan tenaga kerja.

Makmal itu akan mewujudkan 20 pekerjaan baru dalam Kajian dan Pembangunan (R&D) dan meningkatkan peluang latihan untuk kira-kira seratus penyelidik, jurutera dan pelajar.

Sekurang-kurangnya 100 syarikat juga akan meraih manfaat, kerana makmal tersebut akan bekerjasama dengan mereka dalam menyesuaikan dan memperhalusi huraian-huraian. 

Sumber : CNA/RB/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan