Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Zulkifri Said dipenjarakan kerana bantai teman wanita dan gagal laporkan kematiannya

Pada malam itu, Zulkifri membelasahnya dengan tali pinggang dan memukulnya dengan penyangkut baju selama hampir dua jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Zulkifri Said dipenjarakan kerana bantai teman wanita dan gagal laporkan kematiannya

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 09:01PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 09:15PM

SINGAPURA: Pada 22 September tahun lalu, polis memecah masuk sebuah flat di Banda Street di Chinatown setelah seorang jiran mengadu bahawa flat tersebut bau "seperti daging busuk".

Para pegawai menjumpai mayat seorang gadis berusia 20 tahun, yang sudah reput, memakai gaun dan sehelai tudung. Tubuh gadis itu sudah hitam dan kedua-dua biji matanya hilang.

Mayat gadis itu berada dikatil sejak 15 September, iaitu pada malam teman lelakinya yang baru sebulan berpacaran, membantainya selama dua jam kerana mengingkarinya, kata Timbalan Pendakwa Raya Christina Koh dan Dwayne Lum.

Setelah itu, teman lelakinya, Zulkifri Said, berusia 28 tahun, meninggalkan Singapura dengan ibunya. Mereka diberkas pada 23 September apabila mereka pulang ke Singapura.

Zulkifri mengaku bersalah bagi lima tuduhan hari ini (23 Ogos), termasuk dua bagi serangan dan satu, di bawah Akta Koroner, kerana gagal melaporkan kematiannya.

Dia dihukum penjara dua tahun tiga bulan.

BANTAI GUNAKAN TALI PINGGANG DAN PENYANGKUT BAJU

Pasangan itu berkenalan dan mula berpacaran pada Ogos 2016 dan pada bulan itu, mangsa tinggal bersama Zulkifri dan ibunya.

Hubungan mereka menjadi buruk tidak lama kemudian dan apabila Zulkifri menghalau teman wanitanya pada 15 September, dia berkeras enggan pergi.

Pada malam itu, Zulkifri membelasahnya dengan tali pinggang dan memukulnya dengan penyangkut baju selama hampir dua jam.

Dia mengaku bahawa teman wanitanya tidak membalas atau cuba mempertahankan dirinya, walaupun dia mula cedera dan berdarah.

Menyusuli pukulan-pukulan tersebut, mangsa mula menggigil dengan kuat dan rebah ke lantai.

MATA KANAN PANDANG LURUS, MATA KIRI PANDANG LAIN

Apabila Zulkifri mengangkatnya ke katil beberapa minit kemudian, dia menyedari bahawa tubuhnya sudah kaku, dia seakan-akan mengalami kesukaran bernafas dan "mata kanannya memandang lurus, tetapi mata kirinya ke arah lain," mahkamah dimaklumkan. Dia juga mula berbuih di mulut.

Sebalik menelefon ambulans, Zulkifri, berasa takut bahawa dia akan disoal siasat mengenai tubuh teman wanitanya yang berlebam, dia mengambil keputusan untuk "mendandannya" supaya menyembunyikan kesan lebam di paras wajahnya dan tubuhnya.

Ibu Zulkifri, Mariani Aboo Bakar, 63 tahun, menolong memakai gaun dan tudung. Zulkifri juga mengaku bahawa dia hampir meletak mangsa di kerusi roda, dengan niat meninggalkannya di kolong blok "supaya seorang dapat menjumpainya".

Namun akhirnya, dia tidak berbuat demikian dan meninggalkan teman wanitanya di atas katil sehingga dia berhenti bernafas.

LETAKKAN BUKU DOA ATAS DADA MANGSA

Zulkifri mendakwa bahawa dia menggunakan ubat semput untuk "mengepam gas ke dalam mulutnya". Dia juga "pam dadanya tiga kali dan meniup udara ke dalam mulutnya sekali" apabila dia menyedari bahawa pernafasannya menjadi tidak tetap.

Setelah dia meninggal dunia, Zulkifri meletakkan buku doa di atas dadanya sebelum meninggalkan tempat kejadian bersama sebuah beg, dengan ibunya dan dua ekor kucing peliharaannya.

Mereka meninggalkan kucing-kucing itu di flat adik perempuan Mariani di Jurong sebelum menaiki teksi pada sekitar 3.30 pagi, yang membawa mereka ke Johor Baru.

Mereka tinggal di sebuah asrama di Larkin beberapa hari sebelum mereka kehabisan wang pada 22 September. Kedua-dua ibu dan anak pulang ke Singapura pada awal pagi 23 September, di mana pada masa itu, mayat mangsa sudah dijumpai.

Mereka diberkas di flat adik perempuan Mariani pada waktu tengah hari itu.

TINDAKAN ZULKIFRI "MENGEJUTKAN, MENYERAMKAN": PENDAKWA

Pihak pendakwa raya menggesa mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 21 bulan kepada Zulkifri bagi jenayah "dahsyat" itu.

"Ketidakpedulian tentang keselamatan dan kesihatan mangsa...amat menyeramkan," kata mereka, "Selain menggunakan tangannya, dia menggunakan tali pinggang dan penyangkut baju untuk (membantainya)."

Sementara mangsa terbaring, nyawanya terancam dan berbuih di mulutnya, Zulkifri memilih untuk menyelamatkan dirinya sendiri, kerana takut dia akan ditangkap kerana memukulnya jika dia menelefon ambulans, kata pendakwa raya.

Dia kemudian meninggalkan Singapura, membiarkan mayat untuk "reput sehinggakan tidak dapat dikenali," pendakwa raya memberitahu mahkamah. Tubuh mangsa terlalu reput untuk mengenal pasti punca kematiannya.

"Kita tidak tahu jika mangsa dipukul sehingga mati atau jika dia dipukul sehingga menyebabkan angin ahmar atau kejadian epileptik (yang membawa maut)," kata pendakwa raya, tetapi masa-masa terakhirnya "semestinya menyeramkan dan menyakitkan".

Bagi ibu Zulkifri, dia diberikan amaran keras sebagai ganti pertuduhan kerana tidak melaporkan kematiannya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan